MARINA SAHABUDIN, FOTO: IHSAN TV3
SETIAP tahun, produksi terkenal, Radius One Production, pasti menghidangkan drama-drama khas sempena Ramadan.
Jika sebelum ini drama Syurgamu Ramadan, Tujuh Ramadan dan Ramadan Terakhir berjaya memikat hati penonton, kali ini, satu lagi drama hebat iaitu Ramadan Yang Hilang menemui penonton bermula 26 Jun lalu setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 hingga 11 malam, menerusi slot Samarinda di TV3.
Masih mendapat sentuhan pengarah berbakat, Shahrulezad Mohammaden, Ramadan Yang Hilang mengangkat konflik dua beradik yang sebenarnya bukan saudara kandung.
Ditanya bagaimana ilham dan idea untuk mengangkat kisah dua beradik ini timbul, akui Shahrulezad, dia sudah biasa menghasilkan drama yang mencetuskan konflik antara ibu dan anak sebelum ini.
"Adakala saya buntu dan kering idea kerana pelbagai drama yang memaparkan kisah kekeluargaan telah ditayangkan.
"Memang ramai yang bagi cadangan kepada saya, tetapi rata-ratanya klise dengan drama yang pernah dihasilkan," katanya.
Bicaranya, kisah dua beradik ini diangkat kerana dia tidak pernah menghasilkan karya seumpama itu.
"Saya tidak pernah buat drama yang melibatkan konflik antara adik-beradik, lebih-lebih lagi mereka bukan adik-beradik kandung.
"Bukan tidak mahu menggilap idea lain, namun untuk puasa, drama dihasilkan bukan sekadar hiburan semata-mata, sebaliknya punya mesej yang boleh diguna pakai.
"Jadi, kisah dua beradik ini punya kelainan yang mana saya garap untuk memberi impak kepada penonton," katanya masih mengekalkan genre kasih sayang dan keluarga untuk drama ini.
Katanya, dia juga perlu menghasilkan drama yang menepati selera masyarakat.
"Saya tidak mahu drama ini menjadi tontonan segelintir golongan sahaja, sebaliknya sesuai untuk semua," katanya.
Dalam pada itu, selain menjadi pengarah, Shahrulezad juga merupakan penulis skrip bagi drama 18 episod ini.
"Sebenarnya, sebelum ini ada penulis skripnya sendiri, namun kerana skrip ditulis kurang sesuai, jadi saya terpaksa olahnya kembali," katanya berhadapan dengan kekangan masa untuk menghasilkan skrip dan menjadi pengarah dalam masa yang sama.
Tambahnya, memang cabaran besar kerana terpaksa bekerja dalam keadaan yang agak terburu-buru.
"Saya mendapat slot ini dalam masa 10 hari sahaja, jadi idea, skrip, arahan dan suntingan agak kelam kabut.
"Malah, sekarang jika tiada babak yang berat, saya serahkan kepada pembantu sahaja kerana perlu fokus pada skrip yang masih belum siap," katanya penggambaran masih dijalankan dan masih tinggal 10 episod untuk dirakam.
Sementara itu, bercakap mengenai pemilihan pelakon pula, Shahrulezad berkata, dia sememangnya menggemari hasil kerja Eira Syazira.
"Memang ada ura-ura yang mengatakan saya selalu memilih dia, tetapi rasanya baru dua drama saya tampilkan lakonan dia.
"Namun untuk drama ini, watak Zafirah memang dicipta khas untuk Eira, dari awal saya sudah gambarkan dia dalam diri Zafirah.
"Lagipun, Eira cukup sempurna untuk memegang peranan ini dan saya sentiasa berpuasa hati dengan mutu lakonannya," katanya.
Bagi pemilihan Syatilla Melvin, katanya, sebagai pendatang baru, masih banyak yang perlu diberi tunjuk ajar kepadanya.
"Bagaimanapun, dalam kekangan masa yang dihadapi saya tiada pilihan, hendak memilih pelakon lain, ada yang sudah mempunyai komitmen, tetapi saya tetap berpuas hati dengan Syatilla kerana dia sentiasa dengar cakap dan berusaha untuk melakukan yang terbaik," katanya drama ini turut dibintangi Zamarul Hisham, Zila Bakarin, Norhayati Taib, Alis Mariya, Melly Amalin, Arja Lee dan Sherrie Merlis.

Arah drama, tulis skrip

Eira Syazira jadi pilihan

sangat banyak pengajaran...
ReplyDeleteis memang suka tengok drama-drama sempena bulan Ramadhan dengan Hari Raya nie, menarik.
Delete