Pelakon Oh My English! tak kejar populariti

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Pelakon, Oh My English!, tak, kejar, populariti
Aedy Ashraf

Tak kejar Popularity - Aedy Ashraf


PELAKON Oh My English!, Aedy Ashraf atau nama sebenarnya Mohammed Addy Ashraf Rosmadi berkongsi dirinya sudah diajar untuk tidak mengejar populariti dalam meniti kerjayanya sebagai pelakon di Malaysia.

Mula menceburi bidang lakonan seawal usia lapan tahun membuatkan anak muda ini semakin matang dalam lakonan.

“Saya dah diajar untuk tak mengejar populariti oleh ibu saya. Ada rezeki ambil.  Tak perlu terlalu mengejar untuk mencari publisiti itu,” kata anak bujang pelakon era 90-an, Liza Zain ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Sahabat, baru-baru ini.

Menyentuh soal perjalanan seninya yang agak perlahan berbanding pendatang-pendatang baru yang terus melonjak naik, Aedy menganggap perkara itu bergantung kepada rezeki.

“Pada saya, perkara itu rezeki masing-masing. Sesetengah orang, baru masuk industri tapi rezeki terus datang melonjak.

“Bagi saya, biar sajalah, selagi saya boleh kekalkan prestasi. Orang kata biar lambat tapi ‘maintain’ lama dalam industri.  Jangan cepat naik, cepat turun,” katanya yang mengikut ibunya berlakon sejak kecil lagi.

Kini, menjangkau usia 20 tahun, Aedy sudah mula diberi peluang untuk memegang watak remaja sesuai dengan usia sebenarnya dalam drama terbaru terbitan Suhan Movies, Sahabat.

Aedy memegang watak sebagai Aliff, seorang pelajar lepasan SPM yang lurus bendul dan berlagak kaya serta pada masa sama menyukai Haneez lakonan Liyana Jasmay.

Namun kata Aedy dia tidak kisah jika terus diberi kepercayaan untuk membawakan watak budak-budak sekolah.

“Saya tak kisah diberi watak budak-budak selagi boleh bawa tapi produksi sendiri boleh fikir sama ada saya sesuai atau tidak untuk saya bawakan watak itu.

“Mungkin untuk watak budak sekolah rendah tak sesuailah tapi sekolah menengah mungkin boleh,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkininya, Aedy kini mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Tidak lari dari kerjayanya kini, Aedy sudah menubuhkan syarikat sendiri untuk membuka studio penggambaran.

“Syarikat dah ada, cuma pelaksanaannya itu mungkin ambil masa agak lama sebab saya pun masih sibuk dengan penggambaran,” katanya.

Menurut Aedy demi perasaan cintanya terhadap lakonan, cita-citanya untuk menjadi arkitek terpaksa dikuburkan.

“Sebelum ini saya bercita-cita nak jadi arkitek tapi tak kesampaian sebab sekarang saya lebih minat dalam bidang ini.

“Jadi, hasrat itu terkubur sajalah cuma saya harap dapat watak menjadi arkitek pada masa akan datang,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers