Syahadah terokai perkembangan Islam di Eropah

WARTAWAN SINAR HARIAN

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Syahadah, terokai, perkembangan, Islam, di, Eropah

PROGRAM dokumentari Syahadah yang diterbitkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjaya mencatat jumlah tontonan memberangsangkan pada musim-musim sebelumnya dan ia mendorong siri dokumentari ini diteruskan lagi.

Dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu, Program Syahadah 2013 ini menyingkap dan menerokai perkembangan Islam di negara Eropah dan United Kingdom. Penggambaran di Belanda, Jerman, Scotland, Ireland dan England memberi fokus kepada sosio budaya dan perkembangan ekonomi masyarakat Islam setempat.

Kebangkitan Islam di Eropah, United Kingdom dan Ireland diperlihatkan dalam penglibatan golongan profesional Islam menerajui bidang kepakaran masing-masing dan penerimaan Islam sebagai cara hidup masyarakat setempat.

Ini tergambar dalam penerimaan makanan halal, ukhuwah antara komponen masyarakat yang bertoleransi tinggi dan saling menghormati walaupun berbeza warna kulit dan fahaman.

Bertemakan Satu Lafaz Berbeza Resam, paparan setiap episod menjanjikan satu kelainan yang menonjolkan bagaimana Islam menjadi teras kehidupan walaupun berbeza budaya dan warna kulit.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Syahadah setiap hari di TV1, mulai 9 Julai, jam 6.30 petang. Sementara siaran bahasa Inggeris, akan bersiaran mulai 11 Julai, jam 4.35 petang di TV2.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers