Pekin nafi putus cinta

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Pekin, nafi, putus cinta
Pekin Ibrahim... 'lakonan skrin atau lakonan teater sama saja'. - Foto ihsan Iskandar Ibrahim

Pekin nafi putus cinta


“SAYA sudah bertunang dengan dia (Uqasha Sensrose), jadi macam mana timbul isu putus,” demikian reaksi pelakon Bunohan, Pekin Ibrahim ketika ditanya mengenai gosip hubungannya dengan Uqasha sudah menemui titik noktah.

Menafikan gosip putus cinta itu, Pekin sebaliknya menegaskan bahawa hubungan yang terjalin antara mereka cinta masih berjalan seperti biasa dan tiada sebarang masalah.

"Saya terkejut dan tidak tahu bagaimana gosip ini boleh disebarkan, sedangkan hubungan saya dan Uqasha baik sahaja. Malah saya mengambilnya di lokasi pengambaran untuk keluar makan bersama.

“Lagipun, kami baru sahaja mengikat ikatan pertunangan pada 6 Julai lalu dan keluarga kedua-dua belah pihak sudah bersetuju untuk menyatukan kami dalam tempoh setahun lagi iaitu dijangkan tahun hadapan.

“Jadi, bagaimana timbul isu putus cinta. Setakat ini hubungan kami masih baik dan masih bersama,” kata Pekin ketika dipetik menerusi Murai.com.

Semalam, dalam portal hiburan mendakwa hubungan cinta antara Pekin dan Uqasha sudah berakhir apabila pelakon Anchoritu memuat naik status di Instagram yang mana mengundang tanda tanya di kalangan para peminat.

Menerusi laman sosialnya itu, Uqasha berkongsi sekeping puisi dengan tajuk Letting Him Go dan ini membuatkan para peminat berspekulasi mengatakan mereka sudah putus cinta.

Mengulas lanjut mengenai puisi itu, Pekin berkata: “Memang kebelakangan ini status dia nampak sedih sebab dia mengadu terlalu penat shooting disebabkan jadual pengambaran yang padat.

"Sebenarnya puisi tu tak bermaksud apa-apa pun. Mungkin juga untuk Ashraf Muslim. Iyalah sebab seperti mana kita semua maklum nama Ashraf panas dengan isunya baru-baru ini, jadi dia (Uqasha) saja letak sajak itu.

“Orang mungkin dah tersalah anggap dan mereka berfikir kami sudah berpisah. Padahal hubungan kami baik-baik saja,” jelas Pekin yang enggan bercerita lanjut mengenai pertunangannya itu.

Comments

  1. Assalammualikum...is,

    macam2 dugaan dan cubaan dunia artis nie kan...

    mselim3

    pls: nasib mselim3 x jd artis kan..hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mselim, sorry late reply is skang stop gossip jap hehehe 10 ramadhan terakhir nak kena buat baik sikit hehehehe rebut apa yang ada.

      Delete
  2. tak minat gosip pasal pekin tapi minat lakonan dia.. antara pelakon Malaysia yang terbaik pada aku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang pekin nie best kan bila berlakon tapi dia tak mau blakon dah drama pendekar dulu best wooooo drama pendekar nie.

      Delete
  3. takde gosip,kontroversi..tak meriah lah dunia hiburan...

    isi tabung raya utk Is hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu lah yang selalunya terjadi, warna warni kehidupan artis. terima kasih.

      Delete
  4. doakan je yang terbaik untuk mereka...tekan butang mobile 1

    ReplyDelete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers