Ketidakhadiran Ashraf dalam Program Bicara Cinta Anak Muda mengundang tanda tanya. |
Ashraf tampil mohon maaf
BERIKUTAN ketidakhadiran Ashraf Muslim ke Program Bicara Cinta Anak muda anjuran Majalah I bersama Bank Muamalat Sabtu lalu, aktor terkenal itu menghubungi kami untuk beri penjelasan.
Menurutnya, faktor utama ketidakhadiran dirinya adalah disebabkan kesihatan dan bukan ingin elak dari media.
“Saya ingin memohon maaf lebih-lebih lagi kepada Majalah I sebagai pihak penganjur dan juga kepada penonton yang menantikan kehadiran saya. Saya tidak dapat hadir kerana kesihatan saya tidak berapa baik.
“Kalau saya sihat pada waktu itu, saya tidak akan hampakan semua pihak. Saya bukannya mahu lari dari media, tetapi memang pada masa itu saya tidak sihat dan saya telah jelaskannya kepada Editor Majalah I dan dia memahaminya,” katanya.
Bercerita mengenai kontroversinya yang berlaku pada dirinya baru-baru ini, Ashraf menjelaskan, belum tiba masanya untuk dia ceritakan perkara itu.
“Kalau boleh, saya tidak mahu bercerita mengenai isu ini kerana ia bersifat peribadi. Saya tidak akan menceritakan kisah keluarga saya kepada mana-mana pihak. Lebih baik saya berdiam diri kerana kalau saya bercerita perkara sebenarnya pun, akan disalah ertikan.
“Sepatutnya di bulan yang baik ini, elok kalau kita kurangkan cerita perkara seperti ini kerana ia boleh kurangkan pahala.
“Akan tetapi kalau ia berkaitan dengan kerjaya saya, insya-Allah saya akan beri kerjasama dengan media. Namun, kalau ia berkaitan peribadi, saya tidak akan bercerita. Saya harap media dapat memahami situasi saya.
“Setiap manusia tidak dapat lari daripada masalah dan seharusnya kita tidak perlu jaga urusan orang,” katanya.
Sementara itu Editor Majalah I, Sarina Mohd Som berkata, beberapa kali Asyraf hubunginya bagi memohon maaf atas kegagalan beliau hadir pada petang itu.
“Kami faham situasi beliau, malah tidak pernah serik untuk undang beliau sebagai salah seorang panel Forum Bicara Cinta Anak Muda pada masa akan datang," katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.