Rafidah Ibrahim |
Menjelang Aidilfitri, Astro menyajikan 119 program menarik termasuk 37 rancangan baru di 10 saluran Melayu Astro yang terpilih. Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, perancangan rapi dibuat bagi menyediakan program terbaik mengikut selera penonton.
Arja Lee |
"Selain itu, kami juga sajikan lapan telemovie baru seperti Hantu Telur, Janin Emas dan Opah Raya Style. Kami mahu menggunakan peluang ini untuk memenuhi program raya dengan produk terbaru dan belum pernah ditayang sebelum ini," katanya.
Menurut Khairul, dia berharap program-program yang akan disiarkan nanti dapat diterima dan memenuhi selera penonton sepanjang Ramadan dan Syawal. Bertepatan dengan tema kempen tahun ini iaitu Eratkan Jalinan - Satu Ikatan, Ribuan Kemungkinan, Astro menawarkan pelbagai himpunan program daripada pelbagai genre berbeza seperti telefilem, komedi, muzikal, konsert, majalah, hiburan, kerohanian, drama, animasi, koleksi filem tempatan dan antarabangsa termasuklah dalam bentuk HD.
Sepuluh saluran bakal menyiarkan program terbaik itu adalah Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Citra (131), Astro Warna (132), Astro Ceria (611), Bintang (141) dan Pelangi (142).
Astro First Eksklusif
Bagi tahun ini juga, pelanggan-pelanggan Astro dapat berkongsi kisah tiga selebriti yang merupakan Artis Eksklusif Astro iaitu Johan, Nabil dan Hanis yang belum didedah kepada umum sebelum ini.
Selain itu, bersempena musim perayaan ini juga Astro turut melancarkan Astro First Eksklusif iaitu produk filem premium yang dihasilkan khas setanding dengan karya ditayang di pawagam.
“Kami percaya Astro First Eksklusif bakal diterima baik terutamanya oleh penonton yang mementingkan kualiti dan sentiasa menantikan persembahan karya lain daripada lain.
"Selain itu, penonton juga berpeluang menyelami dan mengetahui kisah pengalaman sebenar tiga selebriti tersebut mengenai memori sambutan hari raya dalam hidup mereka.
"Menariknya, kisah ini belum pernah dikongsi kepada umum dan ia akan disiarkan menerusi iklan komersial televisyen Astro sempena Raya," katanya.
Ujar Khairul, sejak Astro First dilancarkan pada 2011, saluran tersebut memberikan satu pengalaman yang berbeza dengan membawakan filem pawagam terbaru terus ke televisyen pelanggan.
Dengan kehadiran Astro First Eksklusif, beliau berkata, mereka terus melangkah ke hadapan dengan menerbitkan produk filem premium yang bermutu tinggi setanding dengan filem-filem di pawagam.
"Kami percaya saluran baru ini akan diterima baik terutamanya penonton yang mementingkan kualiti dan sentiasa menantikan karya yang berbeza di kaca TV mereka," katanya.
Pelbagai saluran pilihan
Tambahnya, penonton akan dihidangkan dengan pelbagai program menarik menerusi 10 saluran itu sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
"Bagi meneruskan tradisi Astro dalam menyediakan hiburan yang berterusan meliputi setiap kelompok sasaran penonton yang mempunyai pelbagai lapisan masyarakat. Pihak kami merancang dengan rapi untuk meneruskan kesinambungan kemeriahan melalui pelbagai program hebat sepanjang Ramadan ini sempena sambutan Syawal kelak," jelas Khairul.
Menurutnya, sesuai dengan tahun ini, Astro telah melakukan penambah baikkan bagi memberi kepuasan kepada mereka yang membayar untuk menonton di saluran kami.
Antara program menarik bakal menemui penonton seperti Malam Raya (Astro Ria), Meletop Raya (Astro Ria), Primadona Khas Raya (Astro Prima), Tanah Kubur Istimewa Raya (Astro Oasis), Rabak Raya (Astro Warna), Lawak Ker Der 2 (Astro Warna) dan pelbagai lagi.
"Kami janjikan kelainan kali ini supaya penonton akan terus melekat di hadapan televisyen sepanjang hari. Seperti tahun lalu, penonton juga boleh tonton program kesukaan mereka menerusi perkhidmatan inovatif Astro On-The-Go ," kata Khairul.
Sementara itu, bagi aktiviti promosi jelajah atau on-ground, Astro memulakan jelajah Eratkan Jalinan dan Marhaban NJOI di beberapa bazar Ramadan melibatkan bekas peserta Imam Muda, Akademi Fantasia serta Artis Ekslusif Astro.
Selebriti turun padang bagi sesi beramah mesra dengan masyarakat di lokasi terpilih.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.