Impian Intan Ladyana tercapai

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Impian, Intan Ladyana, tercapai
Intan Ladyana
Impian Intan Ladyana tercapai

Setelah tujuh tahun menjadi anak seni, pelakon cantik berdarah kacukan Melayu-Siam, Intan Ladyana kini boleh tersenyum riang apabila impiannya untuk bergelar penerbit akan menjadi kenyataan.

Menurut Intan, sebagai permulaan dia bakal menerbitkan sebuah telefilem dan bakal menjalani penggambaran hujung bulan ini.

“Saya ada projek istimewa ketika bulan puasa ini, yang terpaksa saya jalani penggambaran hujung bulan ini, kerana saya berharap ia akan ditayangkan selepas Aidilfitri nanti.

“Memandangkan ini projek pertama dan ‘first baby’ saya, saya sendiri akan berlakon dan ini pula projek kecil-kecilan. Ini merupakan projek kerjasama dengan rakan saya dan kami juga sudah beberapa bulan merancang tentang projek ini,” ujarnya yang ditemui baru-baru ini.

Menurut Intan, dia sudah lama memasang impian untuk menjadi penerbit dan setelah segala perancangan dilakukan, barulah dia bersedia berkongsi berita gembira ini.

“Saya memang dah lama mengimpikan untuk menjadi penerbit dan apabila saya dah dapat slot dari stesen TV, pelakon juga sudah ada dan hanya tinggal beberapa 20 ke 30 peratus yang perlu disiapkan, barulah saya berani berkongsi.

“Risau juga jika beritahu awal-awal dan perkara ini tak jadi, orang akan kata saya ini cakap tak serupa bikin pula,” katanya.

Intan berkata, selain akan memasuki set penggambaran, dia juga lebih menumpukan majlis-majlis berbuka puasa kali ini, kerana dengan cara ini dia dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“Alhamdulillah, jadual saya hampir penuh dengan undangan berbuka dan pada bulan puasa inilah kita berpeluang mendekati anak yatim, golongan kurang bernasib baik dan memberi sumbangan kepada mereka,” katanya yang akan muncul dengan filem Adnan Sempit 3 pada hari raya Aidilfitri nanti.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers