Yatt Hamzah kongsi rahsia 'awet muda'

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Yatt Hamzah, Kongsi, Rahsia, Awet Muda,
Yatt Hamzah


MARINA SAHABUDIN
27 Jun 2013

WAJAH manis dan personaliti menarik yang dimiliki wanita berusia 33 tahun ini membuatkan dirinya sentiasa disenangi orang sekeliling.

Bahkan keperibadiannya yang sederhana juga membuatkan dia terus diterima dalam industri seni meskipun sudah bergelar isteri dan seorang ibu.

Pun begitu, dalam kesibukannya bergelar pelakon, pengacara, isteri dan ibu, pelakon Impak Maksima ini tidak pernah mengabaikan kecantikan dan kesihatan dirinya.
Lihat sahaja penampilannya, meskipun bukan berstatus anak dara, tetapi dia tetap menawan.

Baginya, sebagai wanita yang juga public figure, penampilan haruslah diutamakan.

Atas alasan itu, empunya nama Haryati Hamzah atau lebih dikenali sebagai Yatt Hamzah ini turut dilantik sebagai duta kecantikan dan kesihatan bagi produk Felina.

Dalam pada itu, akui ibu kepada Suci Hanania Malika ini, dia turut mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam memelihara kesihatan tubuh badan.


Pengertian cantik bagi anda?

Cantik bukan bergantung kepada paras rupa dan fizikal semata. Ia perlu menyeluruh dan seimbang antara luaran dan dalaman. Bagi saya, kalau cantik dalaman, secara automatik, luaran kita juga akan nampak cantik.

Apakah pembabitan sebagai Duta Felina membantu anda lebih cantik dan sihat?

Sudah tentu, sebenarnya untuk menerima keputusan menjadi duta produk ini, saya akan pastikan ia berkesan terlebih dahulu. Lagipun, pengguna memberi kepercayaan kepada saya, oleh itu saya tidak boleh berbohong kepada mereka.


Boleh kongsi petua untuk kekal langsing seperti anda?

Sebenarnya tiada apa-apa petua, cuma saya memastikan air masak diminum dalam jumlah yang banyak setiap hari, selain penting untuk tubuh ia membantu mendapatkan kulit yang sihat dan segar.


Adakah anda seorang yang mengamalkan senaman?

Sebenarnya sebelum kahwin memang saya gila bersenam, setiap minggu pasti saya akan ke gim, bagaimanapun, sekarang masa saya agak terbatas. Tetapi saya akan tetap ke gim sekurang-kurangnya satu atau dua kali sebulan.

Lain-lain, saya rajin bergerak dan melakukan kerja-kerja rumah supaya peluh sentiasa keluar. Saya tidak akan sesekali duduk di depan laptop sahaja, bahkan bermain bersama anak juga membantu saya berpeluh.


Bagaimana pula dari sudut pemakanan?

Saya sebenarnya tidak mengamalkan diet ketat, malah saya juga makan nasi seperti biasa. Tetapi saya tetap kawal jumlah yang makanan yang dimakan. Saya akan dalam kadar sedikit tetapi kerap.

Misalnya, sehari lima kali. Selain itu, kalau dah makan terlampau banyak, saya akan mengurangkan makanan untuk menu seterusnya. Saya juga turut mengamalkan sunnah Nabi dengan mengunyah  makanan sebanyak 44 kali supaya makanan mudah hadam.


Buah-buahan sangat berkait rapat dengan kecantikan. Bagaimana dengan anda?

Saya juga sangat suka makan buah, setiap hari mesti makan. Saya juga akan sentiasa pastikan di dalam peti ais sentiasa ada buah-buahan.


Anda juga tampak muda dari usia, apa pula rahsianya ?

Perkara ini memang diamalkan oleh saya setiap hari, bukan susah pun, saya hanya mengikut sunnah dengan bangun dan mandi sebelum subuh. Selepas itu saya tidak akan tidur lagi, sebaliknya saya akan lakukan kerja rumah. Cara ini sangat berkesan untuk awet muda.


Anda juga selalu mengenakan solekan tebal, bagaimana rutin penjagaan wajah anda?

Biasanya selepas penggambaran, saya akan terus mencuci wajah sebersihnya dengan menggunakan air mineral atau air biasa sambil berselawat ke atas Nabi. Untuk menaikkan seri wajah pula, saya sentiasa ambil wuduk dan menjaganya agar tidak terbatal.


Sebagai wanita bertudung, bagaimana anda menjaga kesihatan rambut?

Saya lebih selesa mencuci rambut setiap hari. Ialah bila pakai tudung, kepala mudah berpeluh dan menyebabkan rambut berbau.


Aktiviti di masa lapang?

Biasanya jika ada kelapangan, saya lebih gemar menghabiskan masa di rumah untuk melayan anak dan suami.


Sedikit perkembangan terbaru anda...

Saya bakal muncul sebagai hos dengan program masakan islamik iaitu Sajian Sunnah di RTM. Dalam pada itu, saya juga sibuk dengan butik baru saya yang diberi nama 'Suci by Yatt Hamzah'.


PROFIL

Nama: Haryati Hamzah
Tarikh Lahir: 13 April 1980
Tempat Lahir: Muar, Johor
Suami: Abdul Mutalib Abdul Shukor
Anak: Suci Hanania Malika
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian Media.
Kerjaya: Model, Pengacara Dan Pelakon.
Drama: Nasi Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Hidayah, Bella Dan Ritma Kolej, Rendang Raya Mak Tijah, Slot Lagenda Ular Emas
Filem: Impak Maksima Dan Kecoh Betul

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers