Thunder In The East |
WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Jun 2013
KONSERT 'Thunder In The East 2013' yang dijangka berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Jun ini ditunda ekoran masalah jerebu yang melanda negara ketika ini.
Penganjur konsert, Shamil Yusof berkata, pihaknya terpaksa akur dengan arahan kerajaan untuk menghentikan sebarang aktiviti luar setelah mengambil kira Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan berada pada tahap sangat berbahaya.
Shamil berkata, pihaknya turut memandang serius faktor keselamatan artis yang terlibat, Loudness (Jepun); Search (Malaysia); Rusty Blade (Singapura) dan Slank (Indonesia).
"Artis yang terlibat rata-ratanya berusia 50 tahun ke atas dan kami risau mereka akan jatuh sakit ketika persembahan.
"Tarikh konsert akan diumumkan kemudian dan kemungkinan ia diadakan pada hujung tahun ini.
"Bagi mereka yang sudah membeli tiket tersebut, ia masih sah dan boleh digunakan pada konsert nanti," katanya.
Akui situasi jerebu ini memberi tamparan hebat kepada pihaknya, Shamil memberitahu, mereka terpaksa menanggung kerugian yang agak besar akibat penangguhan itu.
"Persiapan hampir 80 peratus sudah siap dan hanya tinggal peralatan teknikal sahaja belum dipasang.
"Pihak kami ingin memohon maaf terhadap perkara ini kerana terpaksa mengecewakan semua peminat," kata Shamil.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.