'Charlie’s Angels' Malaysia

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Charlie's Angels Malaysia
Barisan pelakon Dewi Lasak bersama pengarah dan David Teo,


MARINA SAHABUDIN
FOTO: ZULFADLI ZAKI
27 Jun 2013


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Charlie's Angels Malaysia
Pierre Andre


BUKAN meniru atau mahu menciplak karya luar, namun ia sekadar mempelbagaikan genre drama yang ada dalam industri seni tempatan.

Diberi judul Dewi Lasak, drama bersiri sentuhan pelakon yang baru sahaja bergelar suami, Ahad lalu turut diterbitkan oleh MIG Production untuk memberi variasi kepada penonton.

Kata Pierre Andre, meskipun ia mengangkat genre aksi dan mempertaruhkan tiga gadis seperti filem Charlie's Angels, namun drama ini masih mempunyai 'originaliti'nya.

"Kalau kita tengok, ia seakan-akan sama dengan filem itu kerana mengangkat genre yang sama dan ada tiga gadis sebagai teraju utama.

"Tetapi di sebaliknya, ia lebih menjurus kepada kehidupan tiga gadis ini yang berhadapan dengan konflik keluarga, diri sendiri dan kehidupan di sekeliling mereka termasuklah cinta.

"Malah, perbezaan ketara antara drama ini dan filem box-office itu adalah mereka adik-beradik dan sebaliknya pula dalam Charlie's Angles," katanya.

Drama bersiri 13 episod ini disiarkan setiap Rabu pada jam 9 malam bagi mengisi slot Aksi di TV3.


Pernah berbelah bagi

Terkenal mengarahkan filem komedi, seram dan cinta, sebenarnya bukan mudah bagi Pierre merealisasikan pembikinan drama ini memandangkan ia percubaan pertamanya menghasilkan drama yang membabitkan elemen aksi.

Ujarnya, sewaktu menerima tawaran untuk mengarah drama ini, pada awalnya dia agak berbelah bahagi.

"Bagaimana pun, apabila membaca skripnya saya dapati ia satu karya yang menarik.

"Lagipun apa salahnya saya mencuba mengarahkan sesuatu berbeza dengan yang biasa saya lakukan," katanya dan memberitahu, pembikinan drama ini mengambil masa selama 40 hari.

Akui Pierre, dia lebih selesa menjadi pengarah dan jurukamera dalam masa yang sama ketika membikin drama ini.

"Sebagai pengarah, saya mahukan sesuatu yang lebih apabila menghasilkan sesebuah drama atau filem itu, di sinilah cara saya aplikasi kebolehan yang ada.

"Secara tidak langsung ia membuatkan saya lebih berpuas hati dengan setiap sudut penggambaran," jelasnya yang gembira dengan hasil penggambaran drama ini.


Yakin kemampuan Intan Ladyana

Membariskan pelakon popular tanah air iaitu Intan Ladyana sebagai teraju utama bukan masalah bagi Pierre memastikan watak Seri yang dimainkan Intan menjadi.

Malah dia amat yakin dengan kemampuan Intan sebagai Seri iaitu seorang wartawan jenayah yang pada masa sama perlu menangani kehidupan bersama dua lagi adiknya, Dewi lakonan Bella Dally dan Qistina lakonan Atikah Suhaime.

"Intan memang sudah terkenal dengan bakat lakonannya, lagipun dia sudah biasa melakonkan watak sebegini.

"Berikan apa sahaja peranan, dia akan melakukannya sebaik mungkin," katanya.

Bercakap mengenai Bella dan Atikah yang juga pelakon utama drama ini, akuinya, masih banyak yang perlu diberi tunjuk ajar memandangkan mereka masih 'hijau' dalam industri lakonan.

"Bagaimanapun, mereka tidak menghampakan saya, malah saya bangga dengan mereka kerana memberi komitmen yang baik sepanjang penggambaran dijalankan," katanya yang turut berhadapan masalah membentuk pelakonnya bagi menghidupkan adegan pertarungan.

Selain Intan, Bella dan Atikah, drama ini turut dibintangi Azwan Kombos, Bil Azali, Niezam Zaidi, Amran Ismail, Lokman Ghani dan Along Ezendy.

Sedikit mengenai Dewi Lasak, ia mengisahkan tentang tiga adik-beradik yang dibesarkan oleh bapa mereka.

Meskipun membesar bersama, namun ketiga-tiganya mempunyai personaliti dan penampilan berbeza.

Pada masa yang sama, mereka terperangkap dengan masalah sesama sendiri, cinta dan jenayah.

Comments

  1. wah drama aksi...hehe tak sempat tgk smlm...

    PS: isi tabung utk is... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak is pun tak sempat semalam nak tengok, ada sapa2 yang tengok tak semalam?

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers