Kontroversi buat Erin Malek semak

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Kontroversi, Buat, Erin Malek, Semak


WALAUPUN umurnya baru sahaja menjangkau 19 tahun, namun pemilik nama, Erin Malek ini sering terpalit dengan kisah-kisah kontroversi.


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Kontroversi, Buat, Erin Malek, Semak


Erin atau nama sebenarnya, Nur Arina Abdul Malek pernah mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bertindik lidah, mengambil ganja di lokasi penggambaran serta memuat naik gambar seksi di laman sosial.

Dan terbaru, pelakon kecil molek ini kembali menjadi bualan ramai ekoran imej dan pemakaian ketika percutian bersama adiknya, Afiqah Malek di Bali, Indonesia.

Menerusi gambar itu, perwatakan Erin dan adiknya yang baru sahaja mencatat kejayaan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu amat berbeza.

Erin dilihat lebih selesa mengenakan dress pendek berbanding adiknya yang berimej Muslimah.

Tanpa berselindung, Erin mengakui tindakan tersebut mungkin mengundang rasa tidak senang pada segelintir masyarakat.

"Saya memang sudah agak perkara ini akan menjadi isu dan saya sendiri bersedia untuk dikritik selepas adik saya membuat keputusan untuk berhijab.

"Malah, sejak adik-adik saya mula berhijrah, ramai yang mempersoalkan imej dan penampilan saya yang berbeza dengan mereka.

"Namun, saya puji tindakan adik-adik saya. Walaupun mereka sudah berhijab, namun mereka tidak pernah memaksa saya untuk bertudung.

"Tetapi, selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dan mengenakan pakaian yang lebih sopan ketika keluar bersama mereka. Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih bijak membawa diri," katanya yang cuba mengelak daripada sebarang kontroversi yang mendatang.

Enggan tua sebelum usia

Walaupun penglibatan seninya bermula sejak berusia 12 tahun, namun Erin lebih selektif untuk menggalas sesebuah watak.

Malah, dengan usia remajanya, tidak mungkin baginya untuk menjayakan watak wanita dewasa yang melebihi usia sebenar.

"Sebenarnya, banyak juga tawaran yang memerlukan saya menjadi wanita berkerjaya yang bekerja di pejabat.

"Selain daripada itu, saya perlu mengenakan mekap tebal dan mengenakan gaya rambut serta bulu mata palsu.

"Namun, saya lebih selesa dengan watak seusia dengan saya. Lagipun, masih ramai lagi pelakon wanita yang boleh menjayakan watak itu. Jadi, saya tidak perlu bersusah-payah untuk kelihatan lebih tua daripada usia sebenar," katanya yang bakal muncul menerusi filem kedua, Awak Nak Kahwin Dengan Saya?.

Selain itu, pelakon filem, Lari ini juga bakal muncul dalam drama, Tiga Nenek Tiga Dara, dan telemovie, Anak Sampah untuk slot Cerekarama di TV3.

Erin juga bakal muncul sebagai pengacara rancangan, Uni Challenge 1957, di saluran TVi.

Buang sikap tamak

Mengakui lebih banyak menerima watak komedi berbanding watak serius sejak akhir-akhir ini, Erin berkata, dia seronok dengan watak tersebut.

Pun begitu, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk membolot semua tawaran tanpa memikirkan kesan dan kesibukan.

Menurut Erin, dia lebih selesa menguruskan tawaran secara satu persatu dan mengelak daripada bersikap tamak.

"Saya percaya pada rezeki, sekiranya ia bukan rezeki kita, terimalah seadanya. Prinsip yang saya pegang sehingga ke hari ini ialah jangan tamak dan sentiasa sabar.

"Saya tidak suka ambil tawaran banyak-banyak dalam satu masa. Biarlah ia diselesaikan satu persatu. Saya juga bukan jenis suka buat banyak kerja dalam satu masa dan saya akan fokus pada sesuatu perkara sahaja," jelas pelakon drama bersiri, Misiku Kuza ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers