Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
KUALA LUMPUR, 31 MEI 2013: Chef selebriti terkenal antarabangsa, Dato` Redzuawan Ismail atau Chef Wan bakal tampil dalam program masakan berjudul East Bites West yang diterbitkan stesen TV terkemuka dunia Fox TV.
Sudahpun selesai menjalani penggambaran di seluruh United Kingdom (UK) dan juga Malaysia selama 33 hari, program 13 episod yang menampilkan dia menyediakan juadah enak lagi sihat Asia dan antarabangsa itu dijangka akan disiarkan pada penghujung tahun ini.
Lebih menarik lagi apabila kali ini Chef Wan akan memasak di dalam caravan atau van mudah alih yang dihias indah khusus untuknya.
Bercakap kepada portal murai.com.my semalam, Chef Wan berkata dia sangat terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh produksi program TV berkenaan walaupun terpaksa bertukar ganti pengarah dan juga krew kerana masalah domestik.
"Saya sama sekali tidak menyangka, pengalaman bekerjasama dengan Fox TV merupakan salah satu pengalaman yang sangat menyeronokan sepanjang saya bergelar chef. Malah daripada maklum balas yang saya terima daripada krew produksi berkenaan, kebanyakan mereka sangat seronok bekerjasama dengan saya, meskipun kebanyakan mereka pernah bekerja dengan selebriti chef dunia yang jauh lebih hebat.
"Ini merupakan pengalaman pertama saya bekerjasama dengan Fox TV dan pastinya saya tidak sabar untuk melihat hasilnya yang akan ditayangkan buat pertama kalinya di Asia pada penghujung tahun ini," katanya gembira.
East Bites West merupakan terbitan Fox TV Eropah dan Amerika Syarikat yang pernah menerbitkan program masakan chef terbaik dunia seperti Keith Floyd, Rick Stein, Gary Rhodes dan Nigella.
Chef Wan berkata, East Bites West merupakan sebuah rancangan yang memerlukan dia menjelajah ke beberapa bandar indah seluruh UK dan beberapa negeri di Malaysia bagi menyahut cabaran tentang penyediaan juadah bagi kedua-dua negara berkenaan.
Antara destinasi di UK yang dijelajahinya bersama krew Fox TV iaitu Plymouth, Falmouth, Exeter, Cardiff, Bristol, Wells, Tavistock, Winchester, Tonnes, Salsbury, Greenwich dan juga London.
Manakala 7 hari penggambaran di Malaysia merangkumi Pulau Pinang, Langkawi, Melaka.
Katanya, dalam salah satu cabaran program berkenaan dia perlu bertanding dengan 13 chef terbaik UK dan juga mencuba sendiri juadah dari negara berkenaan dan begitu juga sebaliknya.
"Dalam program ini saya perlu merasai makanan popular masyarakat British dan dalam masa yang sama saya perlu memperkenalkan mereka dengan juadah Asia terutama sekali hidangan Malaysia yang selalu menjadi kebanggaan saya.
"Jadi ketika menjalani penggambaran di Malaysia baru-baru ini, saya perlu menunjukan bagaimana sumber serta pembuatan sesuatu bahan dalam resipi masakan Malaysia yang menjadikannya cukup enak dan berkhasiat.
"Contohnya saya mengajak krew produksi ke Melaka bagi melihat bagaimana proses pembuatan gula Melaka, begitu juga belacan dan tidak ketinggalan ke Langkawi untuk melihat bagaimana beras terhasil, di Pulau Pinang untuk melihat pemprosesan kicap dan banyak lagi," katanya panjang lebar.
Jelas Chef Wan, dia sangat bersyukur kerana dalam usianya yang semakin meningkat semakin banyak tawaran dari peringkat antarabangsa yang menjengah kepadanya. Walaupun hakikatnya dia boleh duduk bergoyang kaki tanpa perlu sibuk memikirkan penggambaran rancangan masakan.
Bagaimanapun dia sedar, perananya sebagai anak watan dan juga chef antarabangsa sangat besar bagi memperkenalkan hidangan Malaysia di mata dunia.
Malah, restorannya di Singapura yang dibuka sejak tahun lalu nampaknya telah mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat di sana dan untuk itu dia bercadang untuk membuka satu lagi cawangan di dalam negara tidak lama lagi.

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.