RL7: Tema Silent Comedy dan Sukan Jadi Taruhan

KUALA LUMPUR, 31 MEI 2013: Gelanggang Raja Lawak 7(RL7) kini telah pun memasuki minggu kelapan, dan dari sejumlah 14 peserta yang bertanding, kini hanya tinggal enam yang akan meneruskan persembahan pada minggu ini.

Dan pada minggu ini, berbeza dari minggu-minggu lalu, enam peserta tersebut iaitu Wala, Gamat, Boy, Sakan, Okay dan Bora bakal membuat dua persembahan menerusi dua tema iaitu sukan dan 'Silent Comedy'.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, RL 7, RL7, Raja lawak 7, Tema, Silent Comedy, Dan, Sukan, Jadi, Taruhan


Membuat satu persembahan sahaja sudah menjadi tugasan yang sukar, apatah lagi membuat dua persembahan dengan dua tema berbeza, itulah yang akan menjadi cabaran untuk setiap peserta pada minggu ini.

Pengalaman mereka berada hampir dua bulan di program Raja Lawak 7 pasti memberi banyak pengalaman paling tidak sedikit menerusi kelas-kelas yang dikelolakan oleh pakar-pakar lawak atau pelakon hebat yang memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Saingan enam kumpulan ini masih terbuka luas memandangkan belum ada peserta yang benar-benar mendominasi pentas Raja Lawak pada musim kali ini. Sudah pastinya setiap dari mereka membayangkan tempat ke peringkat separuh akhir dan seterus melangkah sebagai finalis di Gelanggang RL7 yang akan berlangsung 2 minggu dari sekarang.

Adakah enam kumpulan ini mampu untuk memberi persembahan hebat menerusi dua tema yang agak sukar iaitu sukan dan 'Silent Comedy'? Atau mungkin tiada penyingkiran yang akan berlaku pada minggu ini?

Sama-sama kita nantikan Gelanggang RL7 minggu kelapan dan terus menyokong program Raja Lawak 7 yang dihoskan oleh dua pengacara hebat Johan dan Zizan (Jozan) dan diadili oleh tiga juri atau pengkritik tetap iaitu Dato' Ac Mizal, Mr OS dan Isma Alif pada setiap hari Jumaat jam 10.00 malam di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers