Zahid Rapping Dalam Menuju Puncak Versi Baru

KUALA LUMPUR, 30 MEI 2013: Minggu lalu, pihak Astro telah mengumumkan kembalinya program realiti TV paling popular di Malaysia, Akademi Fantasia untuk musim baru selepas lebih setahun berehat. Dikenali dengan Akademi Fantasia 2013 (AF 2013), program kali ini kembali dengan penjenamaan semula serba baru yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Bakal menyaksikan kebangkitan bintang sebenar, AF 2013 akan memulakan penjelajahan di lima buah negeri seluruh Malaysia iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Selangor sepanjang bulan Jun ini untuk sesi uji bakat bagi mengenal pasti calon-calon terbaik yang dilihat layak untuk diketengahkan dan diberi bimbingan untuk AF 2013.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Zahid, Rapping, Dalam, Menuju Puncak Versi Baru, AF, Af 10, Akademi Fantasia


Apabila disebut program AF, sememangnya ia tidak akan lari dengan lagu Menuju Puncak yang sinonim dengan pelajar-pelajar AF sepanjang sembilan musim ianya berlangsung sebelum ini.

Sidang media pertama AF 2013 yang berlangsung 23 Mei lalu turut menyaksikan lagu Menuju Puncak kembali dipersembahkan oleh tiga bekas pelajar AF yang lalu. Zahid (juara AF2), Stacy (juara AF6) dan Adira (naib juara AF8) kembali mempersembahkan lagu tersebut di hadapan audiens yang hadir pada sidang media tersebut. Dengan susunan muzik baru dan segar, Menuju Puncak dijangka kembali menjadi siualan peminat yang merindui program realiti ini.

Jangan lupa untuk ke laman www.akademifantasia.com.my untuk mengetahui butiran lanjut sesi ujibakat yang akan diadakan 5 lokasi yang disediakan.

Anda juga boleh menonton video persembahan Menuju Puncak dari bekas pelajar AF menerusi video di bawah.



Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers