Rumah bapa wartawan BH dirompak


Malaysia, berita, Jenayah, Rumah, Bapa, Wartawan, Berita Harian, dirompak, Bandar Seri Jempol, Felda Palong Satu, Faizal Zainudin


Bandar Seri Jempol: Sebuah iPad yang akan dijadikan hantaran perkahwinan adalah antara barangan berharga yang dilarikan dari rumah bapa wartawan BH, Faiza Zainudin di FELDA Palong Satu, dekat sini, semalam. 

Selain iPad berharga RM1,800, barangan lain yang hilang, termasuk telefon bimbit BlackBerry bernilai RM650, komputer riba Lenovo bernilai RM2,000 dan wang tunai RM600. 
Zainudin Hamzah, 64, berkata kejadian disedari ketika Subuh oleh menantunya, Rosminah Puasa, 39, yang bersiap ke tempat kerja apabila mendapati jeriji tingkap belakang rumah dipotong, manakala cermin ditanggalkan. 

Katanya, iPad itu akan dijadikan barang hantaran perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhuan, 29, minggu depan. 

Kali ketiga dipecah masuk 

Tiada siapa dalam rumah yang menyedari kejadian itu, termasuk Ridhuan yang tidur seorang diri dalam bilik yang turut digeledah penjenayah terbabit. 

Ini kali ketiga rumah saya dipecah masuk selepas kali terakhir empat tahun lalu. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana semua 11 orang, termasuk lima cucu selamat, katanya yang juga Bendahari UMNO cawangan FELDA itu. 
Dokumen penting 

Sementara itu, Ridhuan berkata, dia tidak menyedari biliknya dimasuki penjenayah dan melarikan beg kerjanya sebagai kontraktor yang mengandungi pelbagai dokumen penting. 

Walaupun kehilangan pelbagai barang berharga, saya bersyukur kerana duit hantaran sudah diserahkan kepada keluarga bakal isteri minggu lalu, katanya. 

Katanya, penceroboh hanya dapat masuk dua bilik dan semua barangan yang dilarikan diambil dari biliknya, manakala tiga bilik lain berkunci. 

Sementara itu Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Rompin pada jam 8 pagi semalam dan kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers