Warga tua dapat rumah baru


Malaysia, Berita, Johor, Johor Bahru, sepasang, warga tua, menerima, sebuah, rumah, baru, 38, tahun, tinggal, kediaman serba daif, Lorong Lembah, Kempas Baru, Abd Kahar Surat


Johor Bahru: Sepasang warga tua mengalirkan air mata kegembiraan apabila menerima rumah baru selepas 38 tahun tinggal di kediaman yang serba daif di Lorong Lembah, Kempas Baru, di sini, semalam. 

Abd Kahar Surat, 76, sebak sebaik beliau dan isterinya, Alus Mohamed, 81, dibawa melawat kediamannya yang hampir siap dibaik pulih hasil sumbangan Tabung Mawaddah, Bank Muamalat.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat dan Pengerusi Bank Muamalat, Tan Sri Dr Munir Majid serta Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid. 

Terima sumbangan 

Abd Kahar yang lebih dikenali sebagai Pak Atan, berkata beliau dan isteri bersyukur apabila kesempitan hidup yang dilaluinya mendapat perhatian pelbagai pihak, terutama wakil rakyat dan badan korporat. 

Beliau yang sebelum ini menjadi penggiat seni tradisional, kini hanya bekerja sebagai penjual ikan masin bagi menampung perbelanjaan harian dan perubatan isterinya yang sakit tua. 

Dulu rumah kami hampir roboh, malah makan pun umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Saya berterima kasih kepada wakil rakyat dan Bank Muamalat yang banyak membantu kami berdua. 

Kami mempunyai 12 anak dan semua sudah berkeluarga serta mempunyai komitmen terhadap keluarga masing-masing. Saya tidak mahu menyusahkan mereka, katanya. 

Pak Atan yang kini menumpang teduh di rumah anak angkatnya di Pasir Gudang sementara kediamannya siap dibaik pulih turut mengakui selama ini masyarakat memandang serong terhadapnya disebabkan kesempitan hidup. 

Saya tidak pernah membuka cerita mengenai kehidupan saya selama ini. Namun, apabila ada kawan yang datang melawat dan selepas itu ada pihak lain yang datang menghulurkan bantuan, katanya. 

Tunai tanggungjawab sosial korporat 

Munir berkata, sumbangan RM30,000 untuk membaik pulih rumah Pak Atan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Bank Muamalat membantu mereka yang dalam kesusahan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers