Gubal undang-undang kurang guna garam


Malaysia, Penang, Geargetown, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, CAP, meminta, kerajaan, menggubal, undang-undang, menggurangkan, jumlah, penggunaan, garam, dalam, makanan

Georgetown: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan menggubal undang-undang untuk mengurangkan jumlah penggunaan garam dalam makanan. 

Ia berikutan kajian CAP mendapati lebih 40 bahan penambah yang mengandungi garam digunakan dalam makanan yang diproses. 

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata satu daripada tiga orang atau 32.7 peratus penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas didapati mengalami hipertensi selain peningkatan kes tekanan darah tinggi sejak sedekad lalu. 

Beliau berkata, di Malaysia, satu kajian terbaru mendapati penduduknya mengambil kira-kira 8.7 gram garam sehari iaitu 1.7 kali lebih tinggi daripada 5 gram garam sehari seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Mudarat kesihatan 

Rakyat Malaysia masih kurang sedar akan perkara itu dan gemar mengambil makanan segera dan makanan yang diproses, yang akan memudaratkan kesihatan mereka pada masa depan. 

Langkah awal harus diambil oleh kerajaan untuk membendung perkara itu daripada menjadi masalah utama negara, katanya pada sidang media di Pejabat CAP, di Jalan Masjid Negeri, di sini, semalam. 

Sehubungan itu, katanya, CAP menyarankan kerajaan mengambil langkah seperti mengurangkan iklan bagi produk makanan mengandungi terlalu banyak garam seperti mi segera atau makanan segera di televisyen. 

Selain itu, katanya, kerajaan perlu melancarkan kempen besar-besaran untuk menggalakkan pengguna menyedari bahaya pengambilan garam yang terlalu banyak dan mewajibkan pengeluar makanan menunjukkan kandungan jumlah natrium pada label produk masing-masing. 

Saya menasihatkan pengguna mengambil makanan seimbang kerana pengambilan garam berlebihan turut meningkatkan risiko kanser perut dan penyakit buah pinggang serta mencetuskan asma dan osteoporosis, katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers