Ringgit diniagakan lebih teguh minggu depan


Malaysia, Bursa, Currency, Trade, Ringgit


KUALA LUMPUR: Ringgit diunjurkan lebih teguh minggu depan ekoran jangkaan bahawa pelabur asing akan bertumpu semula dalam pasaran saham tempatan, kata peniaga. 

"Prestasi lemah bursa tempatan minggu ini adalah disebabkan oleh pengambilan untung apabila ringgit mengukuh minggu lepas, dan pemulihan pasaran Amerika Syarikat (AS), yang menyebabkan pelabur menjual aset tempatan," kata seorang peniaga. 
Bagaimanapun, mata wang yang sedang berkembang, termasuk ringgit, mungkin diniagakan dengan berhati-hati minggu depan kerana dolar AS dijangka terus semakin kukuh berikutan tanda-tanda pemulihan pasaran buruh dan perumahan AS. 

"Sentimen ini berkemungkinan merangsang lebih banyak pelabur kembali melabur dalam mata wang selamat itu," katanya. 

Sepanjang minggu ini, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang utama, dan berlegar dalam jajaran 2.9800 hingga 3.0020. 

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, ringgit turun sedikit kepada 3.0200/0240 berbanding dolar AS daripada 2.9900/9930 sebelumnya. 

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.4027/4076 daripada 2.4146/4172 Jumaat lepas dan naik berbanding yen kepada 2.9417/9471 daripada 2.9478/9523 sebelumnya. 
Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 4.5976/5046 daripada 4.6061/6116 Jumaat lepas dan lebih tinggi berbanding euro kepada 3.8846/8901 daripada 3.8864/8906. - BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers