2 peraih ikan mati dibunuh


Malaysia, Berita, Jenayah, Sarawak, Bintulu, 2, Peraih, Ikan, Mati, Ditetak, Dialam, Kereta


Bintulu: Dua peraih ikan yang dilaporkan hilang sejak malam Rabu lalu ditemui mati dibunuh dalam sebuah kereta PROTON Saga yang ditinggalkan di tepi jalan di Kilometer 87, Jalan Bintulu-Bakun di sini, kelmarin. 

Mayat kedua-dua lelaki terbabit ditemui dengan kesan tetakan di tengkuk, bawah lengan serta lebam di badan dan muka ditemui di tempat duduk belakang kereta itu oleh orang awam pagi kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Madang Usat, berkata mangsa dikenali sebagai Leong Pin Long, 23, dan Chua Choon Yong, 26, berasal dari Johor berdasarkan laporan polis serta pengecaman dibuat rakannya. 

Malaysia, Berita, Jenayah, Sarawak, Bintulu, 2, Peraih, Ikan, Mati, Ditetak, Dialam, Kereta


Katanya, laporan mengenai kehilangan mangsa dibuat rakannya kira-kira jam 11.30 malam Rabu lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, apabila mereka tidak pulang selepas keluar mendapatkan bekalan ikan untuk dihantar kepada pelanggan di Semenanjung. 

Bagaimanapun, kira-kira jam 7 pagi semalam (kelmarin), polis menerima maklumat daripada orang awam yang melihat sebuah kereta PROTON Saga dalam keadaan mencurigakan di tepi Jalan Bintulu-Bakun. 

Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Bintulu bergegas ke lokasi dan mendapati ada dua mayat lelaki di tempat duduk penumpang belakang kereta berkenaan, katanya. 

Polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayat mereka ditinggalkan dalam kereta di tepi jalan berkenaan dan setakat ini polis belum menemui senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu. 
Tiada sebarang dokumen 

Katanya, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat mangsa, tetapi identiti mereka dikenal pasti berdasarkan maklumat terkandung dalam laporan kehilangan mereka yang dibuat rakan mangsa. 

Mayat dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Motif pembunuhan masih disiasat dan kita minta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Pemangku Ketua JSJ Bintulu, Inspektor Peterson Ray Tang di talian 086-312531 atau 013- 5817133 serta IPD Bintulu 086-332044, katanya. 

Comments

  1. ngeri baca brite skang..mnakutkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini mesti kes tak puas hati harga yang peraih bagi la tu. Iyala peraih nie pun satu, nelayan penat2 pegi tangkap ikan, beli pulak dengan harga murah, pastu dorang pulak letak kat orang ramai harga mahal, lebih baik nelayan tu sendiri tangkap sendiri jual, tak gitu? tak payah bunuh2 orang kan? kan? kan?

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers