Ingin Lupakan Cinta Lama, Aliff Aziz Kuburkan Cincin

Pelbagai cara dilakukan untuk seseorang itu melupakan kisah cinta yang terputus ditengah jalan. Ada diantara mereka yang sanggup melakukan perkara yang kadang kala diluar batasan dan ada juga mampu menerima kenyataan dengan tenang.

Bagi pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, dia mengambil langkah melupakan kisah cintanya dengan menanam dua bentuk cincin yang pernah menjadi tanda ikatan cintanya dengan bekas kekasih.

Minggu lalu, penyanyi kelahiran Singapura ini telah memuat naik foto dua bentuk cincin yang mahu ditanamnya dengan status Bahasa Inggeris “Time to burt something that means nothing to me now. Moving on. R.I.P (Rest in Peace)” menerusi laman Instagram nya.

Malaysia, Artis Malaysia, Selebriti, Hiburan, Gosip, Meletop, Ingin, lupakan, cinta, lama, Aliff Aziz, Kuburkan, Cincin


Bercakap kepada mStar Online, Aliff menanam cincin tersebut sebagai menghormati zaman percintaannya dengan bekas kekasihnya dan tindakan tersebut sebagai langkah untuk melupakan kenangan manis ketika mereka bersama.

Menurut Aliff, dia seorang yang serius dalam setiap hubungan cinta yang terjalin dan tidak akan buang cincin dalam tong sampah seolah-olah hubungan tersebut langsung tidak bernilai. Ianya sedikit sebanyak dapat melegakan hati yang terluka dan menyifat kegagalan percintaan tersebut sebagai satu pengajaran untuk menjadi lelaki yang lebih sempurna.

Malah dia berharap dengan memuat naik foto tersebut tidak memberi gambaran negatif bahawa dia cuba mencari publisiti murahan, sebaliknya laman sosial itu merupakan tempat dia meluahkan perasaan hati untuk berkongsi bersama peminat-peminatnya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers