Jom Meriahkan Sambutan Ulang Tahun Astro Mustika HD

KUALA LUMPUR, 24 MEI 2013: Tanggal 21 Mei yang lalu iaitu Selasa, genaplah setahun saluran Astro Mustika HD (134) ke udara menemui pelanggan setia siaran TV berbayar, Astro.

Mula dilancarkan pada 21 Mei 2012, Astro Mustika HD membawakan himpunan rancangan yang terdapat dalam pakej Mustika iaitu Astro Citra (saluran 131), Astro Warna (132) dan Astro Bella (saluran 133) tetapi dalam bentuk definasi tinggi (HD).

Justeru demi meraikan ulang tahun pertama Astro Mustika HD, pihak Astro dengan berbesar hati mengajak anda datang beramai-ramai meraikan majlis ulang tahun pertama Mustika HD yang akan diadakan di South Court, AEON Bukit Tinggi, Klang pada 25 & 26 Mei ini.

Astro, Astro Warna, Astro Citra, astro bella, astro citra, astro mustika, astro mustika hd, mustika hd, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Datanglah beramai-ramai untuk menceriakan hujung minggu anda kerana terdapat pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang dua hari majlis berlangsung.

Majlis bermula dari jam 10 pagi dan sepanjang dua hari tersebut, anda berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan artis popular seperti Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna, Dazrin, Rita Rudaini, Izreen Azmidar, Dira Abu Zahar, Faizal Hussein, Raja Ilya serta barisan peserta Raja Lawak 7, Kilauan Emas 3 dan MasterChef Selebriti Malaysia 2.

Juga tidak ketinggalan persembahan dari Adira, Dayang Nurfaezah, dan Adi Sixth Sense.

Selain itu, ada juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak Astro di sana seperti sesi tanda tangan bersama penulis terkenal, Aisya Sofea yang dikenali dengan novel Adam & Hawa dan Sehangat Asmara.

Jom meriahkan majlis ulang tahun Mustika HD hujung minggu ini sempena bermulanya cuti persekolahan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers