RL7: Tuah Yang Tidak Bertuah


KUALA LUMPUR, 24 MEI 2013: Nama mereka mungkin kumpulan Tuah, namun nampaknya tuah tidak menyebelahi mereka apabila mereka diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di minggu ini, iaitu minggu ketujuh Gelanggang Raja Lawak 7 (RL7).

Berasal dari Alor Star, Kedah, Tuah yang dianggotai oleh Ilham, Irfan dan Syam tersingkir selepas mendapat undian SMS terendah daripada penonton. Pengumuman penyingkiran mereka diumumkan oleh salah seorang juri tetap, Isma Alif.

Selain Tuah, dua lagi peserta yang berada dikedudukan tiga terbawah ialah kumpulan Bora dan kumpulan Sakan.

rl7, Raja Lawak, Zizan Raja Lawak, gelanggang raja lawak 7, raja lawak 7, dato` ac mizal, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Tema untuk Gelanggang RL7 minggu ketujuh ini ialah 'Alam Persekolahan' dan setiap peserta diminta membuat persembahan berdasarkan kisah zaman sekolah masing-masing. Selepas dimeriahkan dengan minggu muzikal komedi pada minggu lalu, persembahan setiap peserta menjadi sedikit suram pada minggu dan tiada kumpulan yang betul-betul menyerlah dengan lawak mereka.

Dengan penyingkiran Tuah, tinggal 6 lagi peserta untuk meneruskan cabaran di minggu kelapan RL7 pada minggu hadapan.

Gelanggang RL7 telah bersiaran secara langsung dari Studio FINAS, Hulu Klang dan dipancarkan secara langsung ke Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).

Juri tetap pada minggu ini ialah Dato` AC Mizal dan Isma Alif manakala pelawak Os hadir menggantikan Saiful Apek. Jozan terus bertindak selaku hos untuk program ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers