Kerana KL Gangster, Luna Maya Jatuh Hati Pada Aaron Aziz

Baru-baru ini pelakon, model dan pengacara cantik dari Indonesia, Luna Maya berada di Kuala Lumpur untuk melancarkan filem terbaru arahannya berjudul Pintu Harmonika yang akan ditayangkan di Astro First bermula 23 Mei ini.

Dikesempatan itu, Luna Maya telah diajukan soalan tentang siapa pelakon lelaki di Malaysia yang mencuri tumpuannya dan jawapan yang diberi tentu sekali pelakon hebat yang kacak iaitu Aaron Aziz.

Menurut Luna, pertama kali melihat aksi dan lakonan Aaron Aziz di laman YouTube terbukti menunjukkan Aaron seorang hero Malaysia yang hebat. 

Luna mengakui Aaron seorang pelakon yang lengkap dengan pakej sebagai seorang hero. Selain Aaron, Luna turut mengenali beberapa aktor hebat di Malaysia cuma tidak mengetahui nama mereka.


Malaysia, Indonesia, Artis Malaysia, Artis indonesia, Selebriti, Kerana, KL Gangster, Luna Maya, jatuh, hati, pasa, Aaron Aziz


Luna juga sempat berseloroh apabila diusik bahawa isteri Aaron Diyana Halik pasti cemburu jika mengetahui Luna memuja suaminya. Namun Luna mengakui hanya meminati Aaron sebagai seorang pelakon yang hebat.

Tambah pelakon cantik ini lagi, dia turut menerima tawaran berlakon di Malaysia dan tidak menolak jika digandingkan bersama dengan Aaron.

Filem arahan Luna Maya iaitu Pintu Harmonika merupakan filem pertama arahannya bersama dua pengarah wanita lain iaitu Ilya Sigma dan Sigi Wimala dan filem tersebut merupakan filem terbitan beliau sendiri.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers