Selepas 5 Tahun, Velvet AF4 Muncul Dengan Tanpa Terluka!


Selepas, 5, Tahun, Velvet, AF4, Muncul, Dengan, Tanpa Terluka, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 FEB 2013: Bagi membutikan kewujudannya di dalam indusrti seni muzik, Bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Velvet Lawrence Aduk atau Velvet AF4 telah pun muncul dengan sebuah single berjudul Tanpa Terluka.

Velvet AF4 berkata setelah 5 tahun tidak menghasilkan apa-apa produk, ramai peminatnya serta orang ramai menganggap bahawa dia sudah berhenti menyanyi. Padahal, tempoh yang selama itu diambil untuk menguruskan keluarganya selepas dia mendirikan rumahtangga dengan vokalis Estranged iaitu Rich dan kini memiliki dua orang cahayamata iaitu Joshia, 4, dan Caroline, 2.

"Saya tidak pernah berhenti menyanyi dan selama ini saya memang menyimpan hasrat untuk kembali menyanyi dengan merakamkan lagu. Namun tidak kesampaian kerana saya sedang membina keluarga dan anak-anak masih kecil.

"Kini selepas anak saya sudah sedikit membesar dan di atas sokongan suami saya juga iaitu Rich, saya mahu kembali dengan serius dalam bidang nyanyian. Kepada yang sebelum ini yang menganggap saya sudah berhenti menyanyi, saya kini buktikan saya masih menyanyi dan ingin teruskan minat saya dari kecil ini," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Tanpa Terluka yangd icipta sepenuhnya oleh komposer Gio Wibowo itu sudah pun ke udara di corong-corong radio tempatan.

Selain single, Velvet kini sedang dalam proses merakamkan sebuah album bersama Warner Music Malaysia yang dijangka menyusul pada pertengah tahun ini. Meskipun Velvet sedar bukan mudah untuk diterima kembali dalam industri seni muzik setelah sekian lama tidak muncul di mana-mana media, namun dia berharap dengan album peminatnya akan terus menyokong usahanya itu.

"Saya tahu bukan mudah untuk diterima kembali kerana pasti ramai yang sudah ingta saya tidak lagi menyanyi, namun saya berharap saya akan nendapat sokongan peminat dan ramai pihak lagi untuk menapak semula dalam industri.

"Saya percaya usaha ikhlas ini akan mendatangkan hasil walaupun terpaksa menunggu. Namun saya akan mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian saya untuk menjadi seorang penyanyi," luahnya lagi.

Velvet baru sahaja menamatkan kontrak bersama radio Suria FM Sabah setelah 3 tahun berkhidmat dan kini menumpukan sepenuhnya kepada album pertamanya yang akan dirakamkan di Kuala Lumpur.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers