Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Nazim Ghani
KUALA LUMPUR, 8 FEB 2013:Pergeseran pendapat dan juga tersalah ungkapan bicara di kalangan pendatang baru dalam dunia hiburan sudah menjadi lumrah dan asam garam di dalam industri hiburan tanah air,
Misalnya yang terjadi di antara Neelofa dengan Tasha Shilla pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang diadakan di Arena Of Stars, Genting Highlands pada tahun lalu. Neelofa yang ketika itu baru menapak di dalam industri telah mempertikaikan kemenangan Tasha Shilla sebagai Artis Baru Wanita Paling Popular.
Namun setelah hampir setahun berlalu, Neelofa dan Tasha Shilla buat pertam kalinya telah bertembung secara tidak sengaja di perkarangan TV3 ketika rakaman siaran langsung Wanita Hari Ini diadakan dan menariknya tiada sebarang pergaduhan berlaku di antara mereka. Sebaliknya, kedua-duanya telah bertanya khabar secara mesra, seolah-olah seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka sebelum ini.
Hal ini dikongsi sendiri Neelofa yang ditemui pada majlis 'surprise party' sempena ulangtahun ke 24. Dia turut merasakan bahawa Tasha Shilla sangat profesional dan bukan seorang yang pendendam.
"Lofa sangat gembira dengan apa yang berlaku semalam. Setelah setahun berlalu dengan macam-macam cerita di antara Lofa dan Tasha Shilla, akhirnya kami bertemu buat pertama kali. Kami telah bertembung di tengah jalan dan sama-sama berhenti dan menyapa antara satu sama lain secara spontan.
"Kami bertanya khabar sebentar dan masing-masing beredar kerana Tasha ada rakaman. Selepas semua rakaman selesai kami berjumpa lagi sekali dan berborak lebih panjang. Tasha turut mengucapkan 'good luck' kepada Lofa diatas pencalonan di ABPBH tahun ini.
"Lofa sangat menghormati cara dan respon daripada Tasha yang pada Lofa sangat profesional dan menampakkan bahawa dia bukan seorang yang pendendam. Lofa juga turut berkali-kali mengucapkan maaf di atas apa yang telah berlaku dan diatas kata-kata yang Lofa keluarkan pada ketika itu.
"Hal itu telah menjadi satu pengajaran yang besar buat Lofa untuk lebih mengenali industri hiburan dan status sebagai seorang selebriti,"ceritanya yang gembira setelah bersemuka dengan Tasha Shilla selepas hampir setahun perkara ini berlalu.
Lofa juga dalam temubual yang sama menjelaskan dia tidak menghiraukan cakap-cakap atau buah mulut yang terus mahu melaga-lagakan dia dengan selebriti lain. Bagi Neelofa, selagi dia dan pihak lagi satu jelas bahawa mereka tiada sengketa, itu sudah cukup dan tidak perlu pedulikan individu yang mahu melaga-lagakannya dengan sesiapa.
Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor telah ditemui ketika majlis 'surprise party' sempena ulangtahun kelahirannya ke 24 di Fullhouse, Sunway Giza, Kota Damansara. Majlis tertutup ini telah dihadiri ahli keluarga, rakan-rakan, media dan para peminat jelitawan hasilan daripada pencarian Dewi Remaja yang menyambut ulangtahunnya yang ke-24 pada 10 Februari ini.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.