Azad Jazmin Rajin Bangun Malam Buat Susu Baby


Azad Jazmin, Rajin, Bangun, Malam, Buat, Susu, Baby, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 8 FEB 2013: Sejak menimang cahaya mata pada 11 Januari lalu, pelakon Azad Jazmin akui dia kini sudah pandai menjaga serta menguruskan puterinya, Amarra Sofea Rose kerana isterinya, Eira Syazira sedang berpantang serta memulihkan diri daripada bersalin melalui pembedahan.

Azad Jazmin berkata isterinya tidak boleh terlalu banyak bergerak sejak 3 minggu lalu dan dia bersama emak mertuanya sahaja yang membantu menguruskan bayi termasuk bangun malam setiap 2 jam untuk membancuh susu buat anak kecil itu.

"Memang berbeza sebelum dan selepas timang anak ni, kerana tanggungjawab sebagai seorang ayah semakin besar. Kalau hendak diikutkan saya lebih banyak menguruskan anak saya berbanding Eira kerana dia tengah pulihkandiri kesan pembedahan selepas melahirkan anak. Yelah dia perlu berpantang dan melalui penjagaan yang lebih rapi berbanding wanita yang bersalin normal.

"Jadi saya terpaksa ambil alih tugasnya dengan menjaga dan menguruskan anak buat masa ini. Paling mencabar adalah untuk bangun malam setiap 2 jam untuk membancuh susu kerana anak saya akan sentiasa lapar setiap malam. Termasuklah memandikannya serta menukar lampin," katanya kepada murai.com.my pada Majlis Tayangan Media Filem Gangster Celop.

Selain seronok menjalani kehidupan sebagai seorang bapa, Azad memberitahu dia bersyukur kerana sejak berkahwin dan menimang cahaya mata, rezekinya dalam bidang seni semakin bertambah.

"Alhamdulilah, sebelum ini saya hanya dengar sahaja orang kata, kalau sudah kahwin dan dapat anak, rezeki akan bertambah tetapi sekarang ini, ia benar- benar terjadi kepada saya.

"Selepas keluar dengan filem Gangster Celop pada 21 Februari ini, saya akan mengikat kontrak sebanyak 10 filem bersama Grand Brilliant pula. Saya bersyukur sangat kerana ini rezeki yang cukup besar buat diri dan keluarga saya," jelasnya.

Azad kini bergerak bebas tanpa diikat mana-mana produksi selepas menamatkan kontrak bersama Metrowealth (MIG).

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers