Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
KUALA LUMPUR, 8 FEB 2013: Melihat kejayaan anak gadisnya yang begitu pantas, Noor Kartini Noor Mohamed yang juga ibu kepada aktres jelita, Neelofa ini tidak menyangka tuah akan menyebelahi satu-satunya anak kandungnya yang menceburi dunia glamor itu.
Menurutnya, walau apa pun jua bidang yang di pilih anaknya itu, dia sentiasa menyokong dan dalam masa yang sama memantau setiap gerak langkah Neelofa. Mengakui pernah menitiskan airmata melihat pelbagai kata-kata dilemparkan terhadap anak perempuannya itu, Noor Kartini akhirnya akur dengan kehendak dan pilihan Neelofa untyuk menceburi bidang seni.
Wanita berusia lewat 40-an ini ditemui pada majlis 'kejutan' birthday party yang diadakan khas untuk Neelofa sempena ulangtahunnya yang ke-24 di Fullhouse, Sunway Giza, Kota Damansara, semalam. Kerana masih belum jelas dengan hubungan cinta Neelofa, Ibunya juga tidak lepas daripada diajukan soalan mengenai teman istimewa anaknya, Hans Isaac.
"Kalau bercakap mengenai keputusan atau jodoh dan takdir, saya sebagai manusia biasa tidak boleh menyekat ketentuan daripada Allah SWT. Macam saya cakap tadi, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan anak saya dan memohon agar dia ditemukan jodoh dengan orang yang soleh dan terpilih agar dapat membimbingnya dan dapat menjadi ketua keluarga.
"Kalau jodohnya dengan Hans Isaac sekalipun, masa untuk Neelofa masih panjang untuk mendirikan rumahtangga. Dia berkira-kira menamatkan zaman bujangnya pada usia 27 tahun dan dalam masa 3 tahun ini kita tak tau apa yang akan berlaku.
"Soal jodoh ini berkait dengan ketentuan dan juga hati serta perasaan. Walaupun saya ibunya, kalau itu jodoh anak saya, takkan saya mahu menolak dan biarkan hati dia hancur kerana mengikut kata-kata orang tua,"jelas Noor Kartini mengenai cerita dan hubungan cinta yang mengaitkan anaknya dan aktor kacak, Hans Isaac.
Ibu kepada 9 orang cahaya mata ini juga memberitahu bahawa dia tidaklah mengenali Hans Isaac secara dekat dan hanya pernah bertemu beberapa kali sahaja. Namun, dia menjelaskan lagi bahawa ketentuan semua terletak pada takdir. Dia mampu berdoa agar Neelofa sentiasa berada di landasan yang betul dan terus berjaya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.