Almy Nadia Tukar kerjaya Sebagai Guru


Almy Nadia, Tukar, kerjaya, Sebagai, Guru, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia

KUALA LUMPUR, 08 FEB 2013: Tugasan seorang pendidik bukan semudah disangka apabila bukan sahaja terpaksa berdepan dengan anak-anak murid sebaliknya turut menghadapi cabaran daripada persekitaran dan juga rakan sekerja seperti juga orang lain.

Pun begitu, watak seorang pendidik berketurunan Orang Asli tersebut nampaknya berjaya dihayati oleh pelakon Almy Nadia yang memegang karektor Cikgu Imah Salimah dalam sebuah drama menarik yang bakal ditayangkan sempena Tahun Baru Cina bertajuk Cikgu Imah Salimah pada 12 Februari 2013, jam 3.05 petang di TVI

Kisahnya bermula bila Cikgu Imah Salimah yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti tempatan dan telah ditugaskan mengajar disebuah sekolah di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Berita tentang tugasan sangat mengujakan Cikgu Imah Salimah namun dia terpaksa berdepan cabaran ketidakserasian pendapat dengan ibu bapa pelajar ingin membawa anak-anak mereka pergi bercuti.

Namun sebaliknya Cikgu Imah Salimah pula sibuk untuk mengadakan kelas tambahan demi memantapkan lagi prestasi akademik pelajar-pelajarnya.

Cabaran berikutnya pula pula adalah apabila Cikgu Imah Salimah terpaksa berdeoan dengan konflik serta masalah yang dihadapi salah seorang muridnya, Akmal.

Akmal yang kematian ibu dan hidup dengan serba kesusahan bersama masalah bapanya yang hanya berniaga gerai. Bapa Akmal dibelasah hingga cacat akibat hutang lama oleh kaki pukul.

Situasi ini memaksa Cikgu Imah Salimah mengambil tanggungjawab menjaga keluarga ini demi kemajuan pendidikan Akmal.


Selain Amy Nadia, drama Cikgu Imah Salimah ini turut dibintangi oleh Syed Aiman, Kuna, Delimawati, Normah Damanhuri.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers