Sukarnya Bila Iz Sulaini Disalahertikan Sebagai `Kerek`

KUALA LUMPUR, 11 DIS 2012: Penampilan yang urban dan sikap yang suka menyendiri menyebabkan penyanyi, Iz Sulaini seringkali dilabel sebagai artis yang sombong oleh sesetangah pihak.

Hakikatnya, bukan dia sengaja bersikap demikian, sebaliknya Iz Sulaini berkata, dia dilihat seperti itu adalah kerana mahu berhati-hati dalam memilih kawan.

"Urban itu orang lain yang gelarkan untuk diri saya tetapi sebenarnya saya sama sahaja dengan artis lain. Cuma saya suka berfesyen kerana saya suka fesyen.



"Mengenai sikap saya yang suka menyendiri itu, sebenarnya saya bukan mahu sombong dengan sesiapa tetapi saya bersikap begitu kerana saya seorang yang sangat berhati-hati dalam memilih kawan sejak beberapa tahun ini.

"Pengalaman pahit dalam berkawan beberapa tahun lalu dalam industri ini menyebabkan saya takut untuk mempercayai sesiapa saja," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Namun begitu, peserta program realiti, Fear Factor Selebriti Malaysia ini memberitahu, dia sebenarnya seorang yang mudah untuk didekati.

"Sebenarnya, banyak orang yang salah faham tentang sikap dan keperibadian diri saya. Jika orang mengenali saya, pasti mereka terkejut kerana saya bukan seperti yang mereka lihat atau sangka.

"Malah rasanya saya seorang yang senang untuk didekati dan jika orang benar-benar mengenali saya, saya suka berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi lebih berhati-hatilah ketika berkawan.

"Bahkan, ramai kawan-kawan selebriti yang sama-sama di dalam Fear Factor terkejut melihat kemesraan dan sikap saya yang senang untuk berkawan. Mereka yang dulu menganggap saya sombong atau kerek itu kini sudah mula mengubah tanggapan mereka terhadap saya," jelasnya lagi.

Selain Iz, artis lain yang turut terlibat di dalam Fear Factor Selebriti Malaysia adalah Zoey, Dafi, Arja Lee, Kaka, Raja Azmi, Johan Asaari, Didie Alias, Elfira Loy, Farish Aziz, Jehan Miskin, Akim dan ramai lagi.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers