Penerbit Masih Mahu Berahsia Pasal Isu Kontroversi Rosmah Mansor

KUALA LUMPUR, 12 DIS 2012: Memandangkan buku Rosmah Mansor masih belum lagi berada di pasaran, pihak penerbitnya iaitu Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) masih agak keberatan untuk mendedahkan tentang isu-isu kontroversi melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor yang bakal dimuatkan di dalam buku tersebut.

Daripada Pengerusi YAPM iaitu Tuan Haji Shamsulbaharin Ludin, kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mewakili Datin Seri Rosmah Mansor serta 2 orang penulisnya iaitu Siti Rohayah Attan serta Noraini Abdul Razak, masing-masing meminta supaya pihak media menunggu saat buku itu diterbitkan pada penghujung Januari terdepan.

"Segalanya akan terjawab sebaik saja buku itu keluar nanti dan pada masa itu kita akan adakan majlis pelancaran yang lebih besar dan perdana. Hari ini, sekadar soft-launch saja untuk mengumumkan tentang kehadiran buku ini," Tuan Haji Shamsulbaharin Ludin kepada murai.com.my.



Dia berkata demikian dalam satu sidang media khas yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pagi semalam sejurus selepas soft launch buku Rosmah Mansor yang diadakan bersempena hari ulang tahun kelahiran Rosmah Mansor yang ke-61 itu disempurnakan Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Pahang, Tuanku Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta'in ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

Namun, mereka tetap diasak dengan pelbagai pertanyaan daripada pihak media yang masih belum tidak berputus asa untuk mengetahui tentang isu-isu kontroversi berkaitan Rosman Mansor yang dipaparkan di dalam buku. Seperkara lagi, sejauh mana telusnya isu-isu kontroversi yang dimuatkan di dalam buku ini?

Menjawab persoalan ini, Siti Rohayah Attan berkata, sebagai penulis, bukan sehari dua hari dia baru mengenal isteri kepada pemimpin negara itu. Malah, bukan juga sewaktu dia bergelar wanita pertama Malaysia.

"Saya sudah kenal dia sejak di awal perkahwinan dengan Dato` Seri Najib lagi. Juga hati budinya. Jadi saya menulis apa yang saya tahu dan apa yang saya diberitahu. Termasuklah wawancara bersama orang-orang yang rapat serta mengenali dia sejak dari dulu hingga sekarang ini.

"Menerusi 11 hingga 12 bab yang diketengahkan, kita akan mengupas tentang zaman kanak-kanaknya, zaman remaja, zaman persekolahan, zaman universiti, zaman perkahwinan, anak-anak, keluarga, sebagai isteri pemimpin iaitu Menteri Kabinet, Timbalan Perdana Menteri, dan kini isteri kepada Perdana Menteri, program perantara antarabangsa, keagamaan dan pandangan rakan-rakan serta kenalan lama.

"Antara yang ditemubual adalah isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Siti Hasmah, 4 orang rakan baiknya sewaktu menuntut di Kolej Tunku Kursiah - antaranya Datuk Zakiah Ahmad serta Zaleha Mahmud serta Dr Wong yang sekian lama menjadi rakannya sewaktu bermain badminton.

"Insya Allah, sebaik saja buku ini dilancarkan di dalam Bahasa Melayu, ianya akan diterbitkan pula di dalam Bahasa Inggeris serta bahada-bahasa yang lain," katanya.

Mengenai objektif penerbitan Buku Rosmah Mansor ini pula, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, salah satunya adalah untuk menjawab segala tuduhan dan tohmahan yang selama ini dilemparkan terhadap Datin Seri Rosmah.

"Sebab seperti apa yang kita ketahui selama ini, terlalu banyak tuduhan meleset yang dilemparkan terhadap beliau. Sehingga usaha murni beliau membangunkan program Permata Negara juga sering dicemuh.

"Asal saja PM bangkitkan pasal isu Permata Negara di dalam Parlimen ini, pihak pembangkang mula mengeluarkan kata-kata sinis yang cukup menyakitkan hati dan mereka juga turut melemparkan pelbagai tohmahan yang bukan-bukan.

"Padahal program Permata Negara ini adalah satu usaha murni untuk membangunkan sahsiah diri kanak-kanak dari seawal usia 4 tahun dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan, seni serta kemahiran.

"Kalau tidak tahu hujung pankal tentang Permata Negara ini, tidak usahlah cakap yang bukan-bukan.Jadi, dalam buku Rosmah Mansor ini, kita akan gambarkan perjuangannya ini secara lebih jelas lagi.


Ahmad Maslan turut menambah bahawa sebahagian daripada jualan buku Rosman Mansor ini akan disalurkan ke Tabung Palestine untuk membantu mangsa perang di Gaza.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers