iskandarX Society Luar Negara - Penuntut Tajaan Mara Yang Terlibat Dalam Kebakaran Di AS Diberi Bantuan RM7,000 Seorang



KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Enam penuntut tajaan Mara yang terlibat dalam kebakaran di kompleks pangsapuri South Meadow Apartments, Ames, Iowa Ahad lepas, diberi bantuan RM7,000 seorang.







Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad berkata peruntukan khas berjumlah RM42,000 itu adalah bagi membantu mereka memulakan kehidupan baru dan bantuan itu meliputi elaun komputer, baju panas dan sara hidup.

"Bantuan ini disalur secara terus kepada tiga pelajar yang sedang bercuti di Malaysia, manakala bantuan untuk tiga lagi pelajar lain yang berada di Amerika Syarikat akan disalurkan melalui pejabat Mara di Washington," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Ibrahim berkata pengurusan bangunan kediaman berkenaan juga telah memberi komitmen untuk mengurus penempatan baru seperti tercatat dalam kontrak yang ditandatangani bersama penuntut berkenaan.

"Pejabat Mara di Amerika Syarikat juga telah mendapat komitmen daripada Dekan Hal Ehwal Pelajar, Iowa State University untuk kursus Summer School, buku-buku perpustakaan yang telah musnah serta urusan kaunseling," katanya.

-- BERNAMA

Wow dah la belajar dapat tajaan, lepas tu dapat lagi bantuan, tu tak kira bantuan peribadi, sumbangan dari local As dan ahli politik lagi, bertuah punya badan, so kalau dah belajar semua makan minum ditanggung berak pun dok cangkung, balik Malaysia jadi sampah juga aku tak tau lah nak kata apa.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers