iskandarX Society Luar Negara - Pekerja Indonesia Kirim Pulang AS$4 Bilion Sehingga Mei

JAKARTA, 18 Julai (Bernama) -- Tenaga Kerja Indonesia dari beberapa negara asing di seluruh dunia mengirim pulang wang berjumlah AS$4 bilion sehingga Mei tahun ini.






Dalam tempoh itu, kiriman wang oleh pekerja Indonesia dari negara-negara di Asia ialah AS$1.2 bilion manakala kiriman wang dari negara-negara Amerika, Timur Tengah, Afrika, Eropah dan Australia pula berjumlah AS$2.8 bilion.

Butir-butir ini diberikan Timbalan Ketua Bidang Perlindungan, Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Lisna Yoeliani Poeloengan dalam siaran berita di laman web BNP2TKI.

Menurut Lisna, sumbangan hasil oleh tenaga kerja Indonesia kini menjadi penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi Indonesia selepas sektor minyak dan gas kerana mereka menyumbang antara AS$6 bilion hingga AS$7 bilion setahun.

Beliau berkata pada 2011, tenaga kerja Indonesia mengirim pulang wang berjumlah AS$6.735 bilion, pada 2010 AS$6.734 bilion dan pada 2009 AS$6.617 bilion.

Lisna berkata tenaga kerja Indonesia di Hong Kong merupakan penyumbang paling besar iaitu AS$400 juta sedangkan bilangan pekerja yang dihantar ke sana hanya kira-kira 130,000 orang.

Secara perbandingan tenaga kerja Indonesia dari Arab Saudi yang berjumlah 1.2 juta orang mengirim pulang wang AS$1.7 juta dan tenaga kerja Indonesia di Malaysia yang berjumlah 2.3 juta orang mengirim pulang tidak sampai AS$2 juta, katanya.

-- BERNAMA

Kenapa rakyat kita tak buat macam rakyat Indonesia? Why? tapi kalau iya pun rakyat kita nak kirim jangan kirim kat badan yang dok makan duit, sebaliknya salurkan bantuan atau wang ringgit anda kepada pertubuhan Islam, contohnya seperti Persatuan Ulama, atau taffis-taffis dan sebagainya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers