iskandarX Society Tempatan - Bekalan Elektrik Di Kuching Terputus Akibat Kerosakan Talian Penghantaran



KUCHING, 18 Julai (Bernama) -- Bekalan tenaga elektrik yang terputus di kebanyakan tempat di bandar raya ini tengah hari Rabu berpunca daripada masalah penghantaran di Mambong dekat sini apabila satu daripada dua talian penghantaran 275kv terpelantik tanpa diduga, kata pengendali sistem grid Sarawak Energy Berhad (SEB) Yong Ying Poh hari ini.






Beliau berkata SEB telah memulakan siasatan untuk mencari punca kejadian itu apabila satu daripada talian yang menghubungkan Engkilili ke Mambong dikeluarkan daripada perkhidmatan pada pukul 11.47 pagi untuk menggantikan dengan segera sebuah 'capasitor voltage transformer' yang rosak, tetapi litar yang ada terpelantik tanpa disangka pada pukul 2.12 petang berikutan kerosakan talian.

"SEB memahami kekecewaan yang dialami orang ramai akibat kejadian hari ini dan amat kesal dengan masalah serta gangguan yang dialami pelanggan kami di Kuching," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kru penyenggaraan SEB berusaha keras untuk menyiapkan kerja menggantikan alat berkenaan bagi membolehkan litar lain kembali berfungsi dengan segera dan memulihkan muatan penuh bekalan elektrik ke semua kawasan terjejas menjelang pukul 5 petang.

Apabila talian kedua terpelantik, kata beliau, satu-satunya sumber bekalan yang ada ke Kuching ialah dari stesen janakuasa Sejingkat dan Tun Abdul Rahman tetapi dua stesen itu tidak mempunyai kemampuan secukupnya untuk memenuhi permintaan di Kuching.

"Untuk memastikan sistem ini stabil, bekalan ke beberapa kawasan di sekitar Kuching perlu ditutup selama hingga 45 minit bagi sesuatu masa," katanya sambil menyatakan bahawa hasil siasatan yang dijalankan akan digunakan pihaknya untuk menambah baik standard kebolehpercayaan bekalan tenaga elektrik di Sarawak.

-- BERNAMA

Iskiskisk patutnya pelabur-pelabur pergi ke Sarawak untuk melabur dalam bidang janakuasa secara hijau. Green power cukup terkenal di Sarawak. Tapi macamana Isolator tu boleh terpelantik? Mesti ada orang usik punya nie.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers