iskandarX Society Jenayah - PDRM Sekali Lagi Guna Pedekatan Penguatkuasaan Lebih Tegas Dalam Ops Sikap Ke-26
PULAU AMAN (PULAU PINANG), 18 Julai (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi akan menggunakan pendekatan penguatkuasaan yang lebih tegas dalam Ops Sikap ke-26 sempena Aidilfitri bermula 10 Ogos ini.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid berkata berdasarkan kajian selepas Ops Sikap ke-25 sempena Tahun Baru Cina, Februari lepas, pendekatan itu telah berjaya mengurangkan kadar kemalangan maut.
"Ops Sikap ke-25 merupakan kali pertama kita dapat menurunkan kadar kematian dan untuk Ops Sikap akan datang kita guna pendekatan sama dengan mengeluarkan saman dan kadar kompaun trafik yang tinggi," katanya.
Salleh berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program 'Kepolisian Berprofil Tinggi' dengan penduduk Pulau Aman, di sini, Rabu.
Beliau berkata Ops Sikap ke-26 selama 26 hari bermula 10 hingga 26 Ogos ini akan diadakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).
-- BERNAMA
Yaaaaa, PDRM dah turun mengamuk, kalau aku jadi Ketua Polis, aku nanti suruh buat roadblock tak main la pacak kon, aku lintang terus gigi jaws tu stun rifle. Baru gempak.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.