iskandarX Society Politik - Selangor Hantara Surat Untuk Ambil Alih SYABAS Kepada Kerajaan Pusat Esok

SHAH ALAM, 18 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya akan menghantar surat kepada kerajaan pusat esok bagi memaklumkan hasrat kerajaan negeri untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).



Beliau berkata delegasi yang diketuai bersama oleh Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok akan menghantar surat itu secara peribadi kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Putrajaya kira-kira 11 pagi.

"Kerajaan negeri berpendirian bahawa isu air ini penting diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor khususnya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini,Rabu.

Ketika ditanya mengenai saranan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar kerajaan negeri menghantar pelan dan rancangan untuk langkah pengambilalihan tersebut, Abdul Khalid menegaskan kerajaan negeri mempunyai kebolehan dalam perkara itu.

"Operasi pengurusan air ialah satu operasi pengurusan, jadi kita tunjukkan kepada kerajaan pusat kita ada kebolehan untuk langkah in (mengambil alih pengurusan Syabas)," katanya.

-- BERNAMA

Hmmm, memang patut Kerajaan Selangor ambik alih SYABAS kerana SYABAS punya rate punya lah mahal. Ramai Member aku merunggut bil air mengalahkan bil elektrik. 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers