KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Masyarakat keturunan Siam menyambut baik pelaksanaan keputusan kerajaan bahawa kemasukan pelajar golongan itu ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dipertimbangkan sama seperti Bumiputera lain, mulai tahun ini.
Senator Datuk Boon Som Inong berkata beliau berharap dengan keputusan itu pelajar-pelajar keturunan Siam yang memenuhi kelayakan dan syarat tidak lagi menghadapi masalah untuk melanjutkan pengajian mereka di IPTA.
Beliau berkata dalam satu kenyataan Rabu berikutan keputusan itu pelajar berkenaan layak dipertimbangkan tempat mengikuti program pengajian yang dikhususkan untuk Bumiputera di IPTA pada peringkat Asasi, diploma serta ijazah pertama.
Menurutnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung memberitahu Dewan Negara semalam bahawa Jemaah Menteri pada 22 Jun lalu bersetuju bahawa kemasukan pelajar keturunan Siam ke IPTA dilaksanakan secara pentadbiran.
Ini selaras kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan masyarakat Siam di Pendang, Kedah pada 25 Februari lalu bahawa status pelajar dari masyarakat itu bagi kemasukan ke IPTA wajar dipertimbangkan sama seperti Bumiputera lain, katanya yang menjadi wakil masyarakat itu di Dewan Negara.
-- BERNAMA
Selamat menjadi Bumiputera di Malaysia nie lagi cantik kalau dorang tukar agama kepada agama Islam serta menetap di dalam Malaysia secara tetap. Boleh dipanggil Melayu semula.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.