iskandarX Society Hiburan - Sasha Saidin, Salyo Sah Cerai Talak Satu



KUALA LUMPUR, 10 JULAI 2012: Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, ikatan perkahwinan antara bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin dan Salyo Priyanto terlerai selepas mereka sah bercerai 12 Julai lalu.





Menerusi laporan mStar, pasangan ini bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak selepas Salyo, 37, yang berasal dari Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang.

Spekulasi penceraian mereka bermula pada Jun lalu apabila Sasha dilihat hadir ke mahkamah yang sama untuk mengambil borang bagi memfailkan perceraian. Namun apabila ditanya media ketika itu,

Sasha mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut tetapi bersedia memberi penjelasan apabila tiba masanya.

Perceraian hari ni terjadi selepas kedua-duanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumahtangga mereka secara baik.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia 3 tahun.

Sebelum ini, Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah 4 tahun kemudian.

Perrghhh, takziah diucapkan kepada Saha, yang sememangnya aku minat dari dulu sampai sekarang. Gentlemen, start fire your engine. Standby!!

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers