KUALA LUMPUR, 10 JULAI 2012: Wanita berdarah kacukan yang kini manis sopan mengenakan hijab iaitu Catriona Ross, 32, sedang menanti hari melahirkan cahaya mata kedua yang dikhabarkan bayi lelaki itu tidak lama lagi.
Ketika portal Murai menerima undangan ke majlis pelancaran Bawal Exclusive bersama Swarovski Elements baru-baru ini, Catriona juga merupakan salah seorang selebriti yang tersenarai namun kerana mengalami kontraksi dia tidak dapat menghadirkan diri.
"Memang saya sepatutnya datang tetapi dalam keadaan sarat begini jika ada sebarang undangan saya akan cuba penuhi. Hari berkenaan saya mengalami sedikit kontraksi dan tidak dapat tampil pada majlis tersebut.
"Mungkin sebab anak lelaki jadi dia sedikit aktif dan banyak bergerak. Kalau nak dibandingkan dengan Sephia Rania, kali ini lebih banyak dugaan dan saya kena banyak berehat,"ujar Catriona yang menunggu hari untuk melahirkan putera sulungnya itu.
Dalam pada itu dia masih menerima tawaran berlakon dan dia baru menghabiskan drama bersiri Andai Kau Tahu bersama Natasha Hudson. Rencananya untuk menyambung semula aktiviti seni selepas berpantang kerana ada menerima tawaran.
"Saya sudah mula berehat di rumah kerana tinggal kurang dari seminggu lagi tarikh yang diberikan doktor kepada saya. Jadi saya banyak menghabiskan masa di rumah.
"Untuk kelahiran kali ini, saya akan bersalin di Kuala Lumpur dan selepas stabil saya akan ke pulang ke Kota Bharu untuk menghabiskan tempoh berpantang di sana bersama keluarga,"ujarnya lagi kepada murai.com.my.
Menurut Catriona lagi, sepanjang kandungan kedua ini dia tidak mengidam apa makanan yang pelik tetapi kerap mengambil minuman yang sejuk seperti ice blended.
Berbicara dengan pelakon yang pernah popular dalam drama Sephia dan Mek Salmah Dari Scotland ini, dia kini sedang giat memperkembangkan perniagaan menjual tudung dan baju kaftan dengan nama Catriona Ross Collection.
Baru-baru ini juga dia telah disunting menjadi wajah bagi MUM DREAMS, butik yang menjual busana dan pakaian khusus buat ibu mengandung dan breastfeeding (menyusukan bayi).
Halamak, akhirnya Cat mengandung jugak, ingatkan tak reti nak bersama dengan suami (hahahhahahaha). Kira ok lah selain dari berlakon, dah ada butik sendiri, janagn jadi macam artis lain, harapkan lakonan dengan show aja. Leh berkarat wooorrr.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.