iskandarX Society Hiburan - Super Spontan VS Harimau Malaya Ditunda September Ini



KUALA LUMPUR, 12 JULAI 2012: Berakhirnya program Super Spontan (SS) pada awal Jun lalu bukan saja telah mengumumkan Zizan Razak sebagai juara pertamanya, tetapi pihak SS turut memaklumkan wujudnya perlawanan bola sepak antara peserta SS dengan pasukan Harimau Malaya.








Pun begitu, sehingga setakat ini, masih belum nampak bayang pengesahan perlawanan ini walaupun pada awalnya pertempuran berkenaan dijadualkan bermula pada 15 Julai ini.

Menjelaskan mengenai hal ini, Penerbit Eksekutif SS, Adi Sulaiman memberitahu perlawanan bola sepak ini terpaksa ditunda pada September depan.

"Memandangkan jadual pemain bola sepak kebangsaan kita sangat ketat, kami terpaksa menangguhkan perancangan ini pada September depan. Bagaimanapun, kami masih belum mempunyai tarikh yang sah untuk mengumumkannya.

"Sebenarnya, perlawanan ini bukanlah perlawanan di antara SS dengan Harimau Malaya. Sebaliknya ia adalah perlawanan yang menemukan pasukan artis SS dengan pasukan Safee Sali bersama rakan-rakannya.

"Insya-Allah, program ini bukan saja ada perlawanan bola tetapi turut mewujudkan karnival yang sememangnya mampu menarik perhatian peminat SS dan Harimau Malaya," katanya.

Apa yang pasti, program ini bakal menyaksikan perlawanan bola sepak yang dijalankan mengikut konsep SS yang kelakar dan menghiburkan.

Mungkin jua, pada perlawanan itu nanti, anda dapat melihat pengacara SS iaitu Adibah Noor bertindak sebagai penjaga gol manakala pengulas SS, Amir diamanahkan sebagai gadis sorak.

Biar betul Super Spontan nak lawan bola dengan Harimau Malaya? Pakai cirit la Super Spontan nak harapkan si Zizan tuuu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers