KUALA LUMPUR, 3 JULAI 2012: Permohonan maaf daripada pelakon, Anzalna kepada Neelofa tentang kenyataannya di sebuah akhbar telah pun dilakukan secara terbuka di Hotel Royale Bintang, pada petang semalam.
Namun Anzalna atau Nuranzalna Md Nasir mengakui dia terpaksa akur dengan syarat Aku Janji Neelofa melalui teks yang telah disediakan kepadanya.
Malah, Anzalna memberitahu dia tidak tahu menahu mengenai teks tersebut dan hanya membacanya bagi melengkapi upacara memohon maaf yang telah dijalankan pada petang itu.
"Sebenarnya saya sudah pun punya teks saya sendiri untuk membuat permohonan maaf secara terbuka yang sememangnya lahir ikhlas dari hati saya.
"Namun tidak sangka pula ketika ingin memohon maaf secara terbuka itu, saya disuruh untuk membaca teks memohon maaf yang agak panjang yang telah disediakan kepada saya.
"Walau bagaimanapun, saya hanya akur dengan arahan tersebut kerana daripada awal lagi, saya memang telah diberi syarat-syarat tertentu sebelum membuat permohonan maaf kepada Neelofa," katanya kepada portal murai.com.my.
Sebelum ini, Anzalna telah menerima syarat-syarat dalam sepucuk surat perjanjian daripada Neelofa yang dihantarkan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang bertindak sebagai perantara dalam konflik mereka. Namun, syarat-syarat itu tidak disebutkan didedahkan atas permintaan kedua-dua pihak.
Lega selepas semuanya berakhir, Anzalna berkata dia hanya terima apa sahaja syarat yang ditetapkan asalkan isu mengenai konflik di antara mereka berdua tidak lagi timbul atau berlarutan.
"Terus-terang saya hanya menerima segala syarat yang diberikan kerana tidak mahu perkara ini berpanjangan.Apa yang boleh saya katakan, saya berasa lega apabila perkara ini dapat diselesaikan.
"Saya sanggup tolak ego saya ketepi untuk memohon maaf secara terbuka kerana bagi saya perkara ini kecil sahaja. Lagipun eloklah saya memohon maaf lebih awal kerana kita pun tidak tahu bila kita akan meninggal dunia," luahnya lagi.
Kedua-dua bekas Dewi Remaja 2010 ini telah dipertemukan dalam satu sidang media oleh Seniman bertujuan untuk mendamaikan serta menyelesaikan kemelut yang berlaku di antara mereka berdua.
Walau bagaimanapun, selepas berakhirnya sidang media tersebut, kedua-duanya seolah-olah mengelak ketika diminta untuk bersalaman, sebaliknya terus bersurai membawa haluan masing-masing.
Terdahulu, Anzalna telah mengeluarkan kenyataan menerusi akhbar Bi-Pop bertajuk Anzalna Bidas Lofa pada 10 Jun 2012 yang disifatkan Neelofa sebagai memfitnahnya.
Dalam kenyataan tersebut, Anzalna mendakwa Neelofa pernah menghina keluarganya selain seorang yang busuk hati.
Kemudian Neelofa telah melantik peguam untuk mengendalikan kes tersebut dan mereka telah pun menghantar tuntutan notis (notice on demand) kepada Anzalna untuk menjawab dalam masa tujuh hari bermula 13 Jun lalu.
Walau bagaimanapun, selepas tujuh hari berlalu, Anzalna tidak membalas apa-apa daripada tuntutan tersebut kerana menerima nasihat oleh presiden Seniman, Zed Zaidi untuk menyerahkan hal tersebut kepada pihak Seniman untuk menyelesaikannya.
Kiranya Anzalna memohon maaf bukanlah lahir dari luahan hatinya tapi dari teks yang telah disediakan oleh pihak tertentu yang merancang kontroversi nie lah. Iskiskisk kesian Anzalna, way to go girl long journey as celebrities as you are.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.