Radhi OAG Tak Rasa Dirinya Bapa Tunggal



KUALA LUMPUR, 27JUN 2012: Meskipun mempunyai anak hasil daripada perkahwinan yang berakhir sejak dua tahun lalu, vokalis kumpulan OAG, Radhi Razali atau Radhi OAG akui tidak pernah merasai kehidupannya kini sebagai bapa tunggal.






Radhi OAG berkata dia tidak berpeluang merasai kehidupan sebagai bapa tunggal kerana anaknya, Muhammad Rifdhi Muslim, 7, kini hampir sepenuh masa bersama bekas isterinya, Shazlin Sharif sejak mereka berpisah.


"Kehidupan saya seperti biasa, seorang duda yang masih keseorangan tanpa isteri dan anak bersama seperti dahulu.


"Malah, saya tak rasa bagaimana kehidupan sebagai bapa tunggal kerana anak saya kini dibawah jagaan ibunya sendiri.


"Namun, setiap hari minggu saya akan pergi melawatnya dan menghabiskan masa bersamanya.


"Saya tidak kisah dengan keadaan begini kerana lebih baik anak saya dibawah jagaan ibunya daripada bersama saya," katanya ditemui selepas majlis Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo 2012, baru-baru ini.


Rahdi OAG dan Shazlin Sharif telah disahkan bercerai dengan talak satu pada 8 jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.


Lebih selesa dengan kehidupannya sekarang, Radhi OAG memberitahu, dia belum terfikir untuk menamatkan zaman dudanya dalam masa terdekat.


"Saya tidak mahu memikirkan tentang kahwin buat masa sekarang kerana saya ingin menumpukan sepenuhnya kepada kerjaya seni saya dulu.


"Lagipun, OAG bakal kembali tidak lama lagi dengan album dan ahli yang baru sekali lagi," jelasnya lagi.


Mengulas lanjut mengenai album baru yang akan keluar dijangka tahun ini itu, Radhi berkata ianya sangat istimewa kerana akan memuatkan lagu-lagu hits OAG sebelum ini.


"Album ini kira merupakan album comeback OAG selepas tiga tahun lalu.


"Malah album kali ini sangat istimewa kerana ia akan memuatkan 20 buah lagu yang mana 3 daripadanya lagu baru dan selebihnya adalah lagu-lagu hits OAG dari album terdahulu.


"Selain itu, untuk sekian kalinya, OAG bakal muncul dengan 4 orang ahli baru yang akan kami diperkenalkan kelak," ulasnya.


Tambah Radhi lagi, ahli barunya itu adalah anak-anak muda pelajar dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan mereka dijangka bakal menandatangi kontrak dengan syarikat rakaman, Warner Music Malaysia Sdn Bhd kelak.


Tabik spring la Radhi, apalah sangat dengan gelaran bapa tunggal pun, saham lagi naik apa? Tak percaya jom pi skodeng Radhi tengah buat apa.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers