Irma Hasmie Teruja Bercinta Selepas Kahwin



PUTRAJAYA, 30 JUN 2012: Setelah sah menjadi isteri kepada Redza Syah Ameer Datuk Mohd Redzuan, 31, pengacara dan pelakon, Irma Hasmie,30, akui sudah mula teruja untuk merasai cinta di alam perkahwinan.






Lebih mengujakan Irma Hasmie lagi, pertemuan serta perkenalan yang singkat bermula 14 Februari lalu, menyebabkan kedua-dua mempelai belum sempat merasai rasa cinta sebenar terhadap diri masing-masing sebelum ini.


"Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar dan saya teruja untuk melalui fasa ini bersama Redza.


"Selain teruja, saya juga rasa agak berdebar, malah adventure pun ada untuk bercinta dan berkenalan dengan lebih mendalam bersama lelaki yang kini sudah menjadi suami saya.


"Apa yang lebih menyeronokkan kami selepas ini dapat bercinta secara halal dan diberkati oleh Tuhan, InsyaAllah," katanya yang ditemui selepas selamat diijabkabulkan di Dewan Persidangan, Jabatan Perbadanan, Putrajaya, petang semalam.


Dengan hanya sekali lafaz, pasangan berkenaan telah diwalikan serta dinikahkan oleh bapa Irma sendiri, Ibrahim Othman dihadapan Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Muhd Redza Ahmad bersama dua orang saksi dalam sebuah majlis akad nikah yang cukup manis.


Menurut Irma Hasmie yang telah mengalirkan air mata sebaik sahaja diijabkabulkan, dia memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan kerana telah mempertemukannya dengan lelaki yang kini sudah menjadi suaminya.


"Saya anggap Redza adalah pemberian serta hadiah terbesar Allah yang sangat istimewa kepada saya.


"Saya menangis dan sebak kerana akhirnya hasil doa daripada semua orang untuk saya, sudah selamat menjadi isteri kepada Redza," luahnya lagi.


Sementara itu, Redza berkata pertemuan serta perkenalan yang singkat tidak menghalang untuknya menikahi Irma selepas begitu yakin dengan pandangan pertamanya di hadapan pintu Kaabah.


"Saya senang dengan Irma dan saya rasa apa yang menyebabkan saya boleh mengambil keputusan yang agak cepat meminangnya waktu itu kerana saya yakin dia adalah untuk saya.


"Malah, saya mendapat sokongan kuat daripada keluarga saya sendiri yang sangat merestui hubungan kami," katanya.


Redza telah berkenalan dengan Irma ketika menunaikan Umrah pada 14 Februari 2012 dan telah mengikat tali pertunangan pada 24 Mac lalu.


Redza juga memberitahu dia tidak akan menghalang kerjaya Irma kini sebagai pengacara dan pelakon asalkan dia tidak melepaskan tanggungjawab sebagai isteri.


Dalam pada itu, Irma memberitahu dia mahu menimang cahaya mata dengan segera dan tidak akan merancang untuk hamil.


"Saya tidak merancanga dan hanya menunggu rezeki yang akan dikurniakan Tuhan kepada saya kelak.


"Bagi saya, tidak perlu merancangan kerana anak adalah rezeki besar daripada Tuhan," tambahnya lagi.


Pasangan berkenaan masih belum merancang untuk memilih destinasi yang akan dituju untuk berbulan madu mereka kerana jadual kerja yang padat.


Kedua-dua mempelai bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 1 Julai ini.


Itulah orang tua-tua penah kata bercinta selepas berkahwin lagi berkat, taknak percaya, sekali dah rasa berkekalan sehingga hujung hayat.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers