KUALA PILAH - Perbuatan seorang gadis berusia 17 tahun yang tergamak mengelar leher ibu sendiri dengan sebilah pisau memakan diri apabila dia dan sepupunya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan cuba membunuh wanita itu.
Bagaimanapun, gadis itu bersama sepupunya, Nor Haslinda Mohd. Yunus, 26, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama menggelar leher seorang wanita, Azizah Isa, 50, dengan sebilah pisau sehingga menyebabkan kecederaan pada mangsa selepas berlaku perselisihan faham.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di depan pasar Gemencheh, Tampin dekat sini pada pukul 5.15 petang, 11 Jun lalu.
Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Tampin itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.
Nie orang tua-tua dok kata, anak tak kenal di untung, kacang lupakan kulit, Arwahyarham P.Ramlee kata kecik-kecik xnak mampus, dah besar menyusahkan orang saja. Tak kenang langsung jasa mak dia lahirkan dia kebumi yang bertuah nie. Membesarkan dia dengan segala payah dan jerih, pikir la sama.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.