Uyaina Arshad manfaatkan teknologi eratkan Tali persaudaraan

Uyaina Arshad manfaatkan teknologi eratkan Tali persaudaraan, RAMADAN dan Syawal kali ini memberi makna berbeza kepada pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad apabila disambut secara sederhana serta berlainan dengan tahun-tahun sebelumnya.


Uyaina Arshad manfaatkan teknologi eratkan Tali persaudaraan


Uyaina Arshad manfaatkan teknologi eratkan Tali persaudaraan, RAMADAN dan Syawal kali ini memberi makna berbeza kepada pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad apabila disambut secara sederhana serta berlainan dengan tahun-tahun sebelumnya.

Berikutan negara masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk memerangi penularan Covid-19, Uyaina berkata, tahun ini dia tidak berpeluang pulang ke kampung bertemu saudara-mara bagi meraikan Aidilfitri, Ahad lalu.

"Kali pertama saya, ibu dan kakak tidak balik kampung berjumpa saudara kami di Ipoh, Perak. Mengenangkan usia ibu yang semakin meningkat, jadi kami ambil keputusan untuk tidak ke mana-mana ketika sambutan Aidilfitri.

"Jika dulu kami akan beraya di kampung selama lima hari, tapi tahun ini tiada sebarang persiapan dilakukan. Malah, baju raya pun tak beli. Pakai mana yang ada saja. Dalam keadaan sekarang ini, masing-masing perlu menjaga keselamatan dan berhati-hati supaya wabak ini dapat ditangani sebaik mungkin," katanya.

Menurut Uyaina, walaupun Aidilfitri disambut serba kekurangan namun jangan sesekali kita mengehadkan tali persaudaraan dengan ahli keluarga dan saudara-mara yang tinggal berjauhan.

Katanya, setiap individu perlu memanfaatkan kemudahan teknologi yang dimiliki seperti membuat panggilan video dengan insan tersayang pada lebaran ini.

"Kehadiran Aidilfitri adalah waktu untuk kita semua memupuk rasa kasih sayang dan mengeratkan hubungan sesama insan. Walaupun kita dalam tempoh PKPB, namun kita perlu manfaatkan kemudahan teknologi dengan membuat panggilan video.

"Jangan kita anggap kekangan yang berlaku ini dari sudut negatif, sebaliknya terima perkara baru ini sebagai satu pengalaman berharga dan momen raya yang paling diingati. Walaupun sedih sebab tidak dapat pulang ke kampung, tapi jangan kita putuskan hubungan silaturahim," katanya.

Hikmah PKP


Siapa sangka, Ramadan dan Syawal memberi 1,001 hikmah kepada wanita jelita berusia 28 tahun ini apabila dia dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Melihat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan pada 18 Mac lalu sebagai satu perkara yang baik, Uyaina manfaatkan waktu yang ada dengan menebus segala kesibukannya selama ini.

"Jika dulu kita terlalu sibuk dengan kerja. Hampir setiap hari, kita hanya fikir soal kerja dan mencari duit sehingga lupa tanggungjawab dengan ibu bapa yang semakin tua.

"Bagi saya, musibah ini memberi kita semua kesedaran mengenai apa yang terlepas sebelum ini. Contohnya makan bersama keluarga. Mungkin ia kedengaran remeh, tapi sebenarnya makan bersama ahli keluarga itu adalah paling berkat dan sering dinantikan ibu bapa kita.

"Ramadan tahun ini juga adalah paling diingati kerana dua tahun berturut-turut saya menyambutnya di Jakarta, Indonesia atas tuntutan kerja. Selalunya malam raya baru saya akan balik ke Malaysia dan tidak dapat menyambut Aidilfitri dengan seronok kerana kepenatan.

"Selain itu, dugaan yang datang ini juga secara tidak langsung mendekatkan diri kita dengan Tuhan dan lebih sayangkan diri sendiri. Dalam tidak sedar usia kita juga semakin meningkat dan masa ini untuk kita berehat seketika bagi menambah tenaga," katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers