Shah Iskandar menanti zuriat empat tahun

Shah Iskandar menanti zuriat empat tahun, Selepas empat tahun menanti zuriat, akhirnya doa pelakon Shah Iskandar Mahfuz dimakbulkan Tuhan apabila isteri, Siti Sarah Mohd Noor disahkan hamil.


Shah Iskandar menanti zuriat empat tahun


Shah Iskandar menanti zuriat empat tahun, Selepas empat tahun menanti zuriat, akhirnya doa pelakon Shah Iskandar Mahfuz dimakbulkan Tuhan apabila isteri, Siti Sarah Mohd Noor disahkan hamil.

Selepas sekian lama melayari hidup sebagai suami isteri, rezeki kurniaan Allah SWT itu menjadi noktah penantian bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2016 itu. Siti Sarah kini hamil empat bulan dan dijangka melahirkan cahaya mata pada Oktober depan.

Berita gembira diumumkan Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2013 dan 2014 itu ketika sambutan menyambut ulang tahun kelahirannya dan isteri, baru-baru ini.

"Ini adalah hadiah paling bermakna yang tidak boleh dibandingkan dengan wang ringgit. Saya mendapat tahu isteri hamil pada awal Februari lalu, sekembalinya mengerjakan umrah dan pulang dari Uzbekistan kerana menjalani penggambaran drama.

"Berderau terus darah pada saat isteri memaklumkan berita gembira ini. Ia cukup mengejutkan saya. Seperti mana pasangan lain, kami juga tak pernah berhenti berusaha untuk mendapatkan zuriat. Akhirnya, Tuhan kabulkan doa dan segala usaha kami.

"Bayangkan, saat isteri memaklumkan, saya sendiri pun tidak pasti apakah sudah bersedia atau sebaliknya. Namun dengan semula jadinya timbul sifat tanggungjawab yang mendalam. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Saya tak sabar nak jadi bapa," katanya kepada BH Online.

Mengenai jantina anak, pelakon kelahiran Singapura itu tidak terlalu memikirkannya.

"Saya dan isteri tak kisah apa sekalipun jantina anak. Doktor maklumkan bulan depan baru boleh tahu jantina anak," katanya.

Berkongsi sambutan Aidilfitri, Shah dan isteri hanya beraya di ibu kota kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan tidak boleh merentas negeri.

"Persiapan raya hanya sederhana sahaja, tetapi baju Melayu wajib ada. Ini kerana kami sudah berpakat mahu adakan panggilan video dengan ahli keluarga," katanya.

Selepas hampir dua bulan terputus punca pendapatan, Shah berkata, dia bersyukur kerajaan sudah mengumumkan penggambaran boleh dilakukan hujung Jun ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Jujurnya, saya rindu mahu kembali ke lokasi penggambaran. Ada tiga drama tertunda kerana tempoh PKP. Saya akan melunaskan tiga projek iaitu drama Dayang Senandung, Cinta Yang Pulang dan Ryan Arlyn," katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers