Adriana Carissa menenyerikan Aidilfitri Tajul Ariff

Adriana Carissa menenyerikan Aidilfitri Tajul Ariff, WALAUPUN terpaksa meraikan Aiditfitri hanya di rumah, penyanyi dan pelakon Tajul Ariff, 22, bersyukur kerana ada isteri, Nurul Syamieza Eddie, 24, dan anak, Adriana Carissa yang kini berusia enam bulan di sisi.


Adriana Carissa menenyerikan Aidilfitri Tajul Ariff 


Adriana Carissa menenyerikan Aidilfitri Tajul Ariff, WALAUPUN terpaksa meraikan Aiditfitri hanya di rumah, penyanyi dan pelakon Tajul Ariff, 22, bersyukur kerana ada isteri, Nurul Syamieza Eddie, 24, dan anak, Adriana Carissa yang kini berusia enam bulan di sisi.

Tiada apa yang lebih indah buat Tajul meraikan sambutan lebaran kali ini meski tidak dapat balik ke kampung bertemu ibu tersayang.

Bagi anak bongsu dalam keluarga dan adik kepada Allahyarham Achik Spin ini, dia harus akur dengan arahan kerajaan yang tidak membenarkan pergerakan merentas negeri untuk menyambut hari raya.

Tajul berkata, kehadiran isteri dan anak di sisi sekurang-kurangnya tidak membuatkan dia berasa sunyi menyambut hari raya di ibu kota tanpa dikelilingi keluarga.

"Sekarang, isteri dan anak adalah keluarga kecil saya. Alhamdulillah, dapat juga meraikan Aidilfitri ini dengan ceria bersama mereka. Malah, persediaan dibuat pun lebih kepada anak.

"Ini kali pertama beraya dengan kehadiran Adriana Carissa bersama kami. Malah, untuk tahun ini juga saya tak perlu lagi 'menyorokkan' isteri seperti dua tahun lalu.

"Aiditfitri kali ini walaupun sambutannya sederhana dan tidak begitu meriah, tetapi saya lega kerana tiada lagi rahsia. Sekarang, peminat dan masyarakat sudah tahu identiti isteri saya," katanya.

TAJUL bersyukur Aidilfitri disambut bersama isteri dan anak berusia 6 bulan di sisi
TAJUL bersyukur Aidilfitri disambut bersama isteri dan anak berusia 6 bulan di sisi

Tajul Ariff dikurnia cahaya mata


Tajul atau nama sebenar Tajul Ariff Noor Md Shari berkahwin secara rahsia dengan Nurul Syamieza pada 10 Disember 2017 dan mereka dikurniakan cahaya mata Adriana Carissa pada 16 November tahun lalu.

Mengulas kerjaya seni, Tajul berkata dia sekarang duduk di rumah sahaja selepas banyak tawaran menyanyi dibatalkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu. Kini, diikuti pula arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun nanti.

"Buat masa ini, saya duduk di rumah dan bantu isteri menjaga anak termasuk menjalankan perniagaan barangan penjagaan badan untuk wanita.

"Alhamdulillah, walaupun pendapatan daripada kerjaya seni saya terjejas teruk tetapi dengan perniagaan diuruskan isteri dapatlah juga membantu kewangan keluarga kami.

"Saya sangat bersyukur isteri banyak membantu ketika kerjaya nyanyian berhadapan ujian besar apabila semua acara hiburan secara terbuka dibatalkan sebagai langkah menangani penularan Covid-19.

"Kini, menjadi harapan saya dan semua rakyat semoga serangan pandemik ini berakhir dan kehidupan dapat dijalani seperti biasa semula. Saya rindu nak kerja," katanya.

Tajul yang pernah popular dengan lagu Sedalam-dalam Rindu sekitar empat tahun lalu, baru muncul dengan lagu solo baharu berjudul Ku Sayang Kau Rindu pada Disember tahun lalu.

Mengulas nyanyian duet, Tajul yang pernah berpasangan menyanyi dengan Wany Hasrita untuk beberapa lagu berkata, kini dia selesa memberi fokus tampil menyanyi secara solo.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers