Harris Alif akui bercinta dengan Intan Ladyana
Harris Alif akui bercinta dengan Intan Ladyana, Harris Alif, 21, bertindak mendedahkan hubungan percintaannya yang makin mekar dengan pelakon senior, Intan Ladyana, 38.
Bekas Juara Idola Kecil musim ketiga di TV9 itu dihubungi berkata perkongsian foto dibuatnya Instagram sebagai kenangan raya teristimewa mereka.
Anak tunggal lelaki yang juga ketiga daripada empat beradik itu berkata, dia dan Intan sudah saling mengenali sekitar 10 tahun lalu tapi mula rapat pada tahun ini.
"Kami rapat dan mula berhubung pada tahun ini serta segala-galanya pun bermula. Selepas makin rapat kerana sering berhubung, barulah timbul keserasian dan perkara-perkara lain.
"Memang kini saya bercinta dengan dia (Intan). Apatah lagi, perhubungan kami dijalin pada dasar suka sama suka dan ikhlas. Malah, atas sebab itu juga perbezaan umur yang ketara tidak pernah kami sentuh untuk dibicarakan.
"Lagi pun, saya tak nampak reaksi daripada Intan yang melihat saya sebagai terlalu muda untuknya. Tak dinafikan, sudah tentu kami ada bercakap soal perbezaan umur, namun asalkan tiada masalah atau penghalang, kami okay.
"Sekarang, kami masih dalam fasa nak kenal hati budi masing-masing dan boleh dikatakan memang ke arah lebih serius," katanya.
Harris yang kini mengacara program MPop! TV3 mengakui, dahulunya dia memanggil Intan dengan gelaran kakak setiap kali mereka bertemu di acara hiburan.
"Tapi, kali akhir jumpa dia di acara Jom Heboh tahun lalu, saya dah tak boleh panggil Kak Intan dan dia pun rasa pelik jika saya memanggilnya begitu.
"Namun, Alhamdulilah keluarga saya pun okay dan tak cakap apa-apa mengenai hubungan kami. Malah, buat masa ini kami pun tiada sebarang perancangan untuk me langkah ke fasa seterusnya," kata Haris.
Menurut Harris, dia juga selesa mengikut arus dan belum terfikir langkah selanjutnya seperti mengikat pertunangan kerana hubungan mereka masih terlalu awal.
Mengulas kecaman yang diterima kerana percintaan 'beza usia 17 tahun' mereka, Harris mengakui tidak mahu terlalu memikirkannya.
"Semua orang ada hak untuk bersuara. Tak kisahlah mereka nak kecam atau mahu beri pandangan termasuk galakan.
"Saya terima semuanya dan tak ambil serius apa yang diperkatakan. Asalkan saya dan Intan okay tiada masalah.
"Orang bercakap hanya kerana tengok gambar dan mereka tak kenal kami secara peribadi. Jadi mereka bebas nak kata apa-apa sahaja," katanya.
Ujar Harris, sebelum rapat dengan Intan, mereka tak pernah 'lepak' bersama atau berhubung. Cuma, kami saling mengikuti perkongsian di Instagram sahaja.
Sementara itu, Intan Ladyana pula selesa dengan pendekatan mengunci mulut dan enggan berkongsi sedkit pun berkaitan kisah percintaannya itu.
"Minta maaf saya tak nak komen. Apa kata tanya Harris sendiri kerana dia yang buat hantaran (posting) di Instagram dan bukannya saya.
"Malah, rasanya semua orang tahu sejak dulu lagi saya agak susah nak jawab soalan berbaur peribadi sebegini," katanya ketika dihubungi.
Kini, di media sosial hangat memperkatakan kisah percintaan Harris dan Intan berikutan jarak usia yang terlalu ketara di antara mereka.
Haris terlalu muda..jauh lagi nak melangkah.
ReplyDeletehahaha tp intan nie jarang2 is dengar dia punya gosip mungkin dorang dua mmg serius kot
Delete