Nak Belajar Ikhlas? Kata orang, ikhlas itu sukar. Saya pun mulanya percaya begitu, tetapi ketika di Mesir saya belajar ertinya. Ia bukan datang dari syarahan ulama besar di Masjid tetapi dari seorang ahli konglomerat Mesir yang memilih untuk menjadi ’khadam’ masjid.
Dari beliau saya memahami, ikhlas itu mudah dilatih cuma terpulang kepada kita samada ingin melakukannya atau tidak. Antara hobi saya bersama beberapa rakan di Mesir adalah menghadiri majlis zikir setiap khamis malam Jumaat di sebuah masjid terkemuka di Kaherah, Mesir. Di sana, akan ada ribuan jemaah datang memenuhi masjid bermula maghrib hingga ke tengah malam untuk berzikir, bermadeh, berselawat dan mendengar tazkirah para ulama.
Susana perkarangan salah satu masji di Mesir. [Keyle Zeman]
Jujurnya, kami tidak mengikuti semua aktivitinya. Kadang-kadang kami asyik berlegar di luar, membelek kitab & minyak wangi yang banyak terjual di kaki lima masjid. Ada juga waktu saya datang lewat, pukul sepuluh baru nampak muka kerana ingin makan percuma. Untuk makluman, masjid ini menyediakan juadah makan malam kepada semua jemaah yang hadir.
Dalam ribuan pengunjung yang hadir, saya terfokus kepada seorang tua. Umurnya lebih kurang enam puluhan. Aktivitinya agak pelik. Selalunya kami tersua beliau di kawasan tandas masjid, sibuk memastikan kebersihan tandas terjaga. Kadang-kadang dia akan menjadi penjaga rak kasut. Elok tetamu tiba, kasut mereka cepat-cepat beliau ambil untuk diletakkan di rak.
Ada juga waktu kami ternampak beliau di dalam masjid, setia menghulurkan ’syai’, kopi panas arab kepada tetamu. Jika tiada di dalam, mungkin kami menemuinya di ’mat’am’, kafeteria masjid. Laksana general, beliau menjadi orang kuat mengatur hidangan, memastikan semua jemaah makan sekenyangnya.
Benar, perbuatan orang tua itu pelik tetapi saya lebih pelik reaksi orang lain terhadapnya. Ramai yang menegurnya dengan penuh hormat dan ramah, melayaninya seakan-akan V.I.P. Tetapi ada juga yang memperlekehkannya, mengherdik beliau dengan kasar bila ia lambat.
Anda pasti mengira beliau siak masjid bukan? Saya pun mulanya begitu tetapi bila melihat beberapa ulama besar Al-Azhar melayaninya penuh ramah seperti kawan lama, saya fikir jawatannya bukan itu. Ketika majlis zikir selesai, apabila melihat beliau pulang dengan kereta Mercedes ’S Class’ siap dengan driver, saya bertambah musykil. Pasti dia ini bukan calang-calang orangnya.
Seorang tua yang sangat merendah diri dan sentiasa tersenyum. [Ioannis]
Saya bertanya Mun’im, rakan arab yang selalu bersama kami,
’Ya Mun’im, enta a’rif man huwa? Anda tahu siapakah orang tua itu?’ Saya bertanya Mun’im untuk kepastian.
’Oooo, orang tua itu… dia orang besar di Mesir. Namanya Muhammad Ali Rif’ah (bukan nama sebenar). Enta jangan lihat sebelah mata sahaja. Kalau enta baca suratkhabar Al-Ahram, pendapatnya selalu keluar di bahagian ekonomi…’
“Haa? Dia big bisnesman ke?” saya terperanjat.
“Bukan setakat big bisnesman, tapi dialah antara ketua syarikat pelaburan utama negara. Kira penasihat ekonomi Mesirlah. Orang kuat presiden tu…”
’MasyaAllah! Tapi kenapa dia seperti orang biasa je?” Saya cuba menggali lebih dalam.
“Haa… itulah yang peliknya. Syeikh Robah (salah seorang tuan guru kami) pernah berbual dengannya bertanya soalan sama…”
“Apa katanya?” saya memotong kata-kata Mun’im tanda rasa ingin tahu terlalu tinggi.
“Luarbiasa dasyat Asraff. Dia memang hebat. Seingat saya, katanya kepada Syeikh :
’Dalam hidup saya, kemasyhuran sudah menjadi darah-daging. Ketika siang hari, saya sering dijulang dan dihormati manusia. Kadang-kadang saya terasa bersalah dengan Tuhan kerana cara hidup begitu banyak menumbuhkan perasaan ria’ dan ujub pada diri.. Kerana itu ketika malam hari, saya mewajibkan diri melakukan semua ini…..”
Mun’im melepaskan nafas. Kemudian dia menyambung kata-kata Syeikh Robah tentang orang tua itu yang masih diingatinya,
’Saya tidak kisah penghinaan, herdikan dan celaan kerana semua itulah yang menjadikan saya manusia semula. Semua itulah yang menyedarkan bahawa saya ini hamba Tuhan, tidak layak untuk memiliki hati yang merasa tinggi, bagus dan sebagainya….’
Mun’im memandang saya, “Ketika kita datang untuk belajar zikir, dia datang untuk belajar ikhlas Asraff….”
Saya terkesima dengan penjelasasan Mun’im. Subhanallah, dia memang manusia ikhlas kerana sanggup melakukan perkara yang manusia normal malu untuk melakukannya. Pasti Tuhanlah penyebabnya. Pasti dia telah menghadam betul hikmah ayat ini :
’Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu (golongan miskin) kerana Allah semata-mata, dan kami tidak perlukan sebarang balasan atau ucapan terima kasih darimu. Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut ia kenakan kami azab pada hari di mana muka orang bersalah masam berkerut-kerut’.
Surah Al-Insan, 9 & 10
- USTAZ ASRAFF AYOB

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.