Penawar bagi Individu Yang Putus Harap, Di saat buntu, carilah Allah dahulu. Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa kepada-Nya.
Adakalanya kita akan menghadapi situasi buntu mencari jalan. Kita tidak tahu ke mana, dan kepada siapa mahu kita dapatkan bantuan. Kita lelah mencari manusia, mengadu pada mereka dengan harapan mereka boleh bantu kita.
Dalam video Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid tentang Mintalah Kepada Allah Walaupun Garam, beliau berkongsi tentang,
Kisah Danial Dan Rahmat – Kerana Sikap Bertangguh, Danial Dikatakan Bodoh
Suatu kisah, Danial dan Rahmat berkolaborasi dalam sebuah projek perniagaan. Rahmat ibarat pemimpin yang mengetuai projek itu. Danial pula jenis pengikut yang hanya mengikut apa yang Rahmat katakan.
Selama mereka berkolaborasi, Danial mula buat perangai. Dia bertangguh dalam tugasan untuk projek mereka. Diberi motivasi, baru Danial bertindak. Dalam pada itu, Danial banyak bertanya hal yang remeh kepada Rahmat.
Pada mulanya Rahmat rajin menjawab. Lama-kelamaan, dia mula bosan dengan sikap Danial. Walau Rahmat tidak perkatakannya tetapi Danial boleh rasa daripada perkataan yang ditulis oleh Rahmat di grup perbincangan maya mereka.
Rahmat mula mengeluarkan kata-kata kesat kepada Danial. Danial terasa direndah-rendahkan oleh Rahmat, seterusnya Danial membuat keputusan untuk berpecah dengan Rahmat.
Dia tawar hati untuk teruskan kolaborasi. Oleh sebab, semakin hari Rahmat semakin membuat Danial seperti rasa individu yang tidak berguna, bebal dan hanya menyusahkan dia.
Jadi, pada Danial, lebih baik dia berpecah dan cari haluan sendiri.
Hilang Tempat Bergantung – Peluang Dekat Dengan Tuhan
Selama lebih setahun, Danial bersama Rahmat. Kebanyakan hala tuju dan tugasan yang perlu dibuat Rahmat yang putuskan. Danial hanya mengekori apa yang Rahmat tetapkan.
Selepas perpecahan, Danial sedar betapa dia banyak bergantung kepada Rahmat selama ini dalam projek mereka. Danial rasakan seperti dia hilang tempat pergantungan.
Selama beberapa minggu, Danial tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Ke mana hala tujunya selepas ini. Dalam pada itu, Danial banyak menunaikan solat hajat untuk meminta petunjuk dan arah tuju daripada Allah.
Alhamdulillah, selepas beberapa minggu melakukannya, Danial mula dikurniakan tanda-tanda Allah tentang apa yang dia perlu usahakan.
Menangis Danial di atas sejadah kerana selama ini, dia banyak bergantung kepada manusia dalam urusannya. Dia terlepas pandang tentang rahmat Tuhan. Kehilangan Rahmat dalam projek perniagaannya menyedarkannya untuk kembali menadah tangan kepada Tuhan.
Tuhan Maha Mengabulkan
Berdoalah kepada Pencipta yang Maha Mendengar.
Di Facebook Page Mudahnya Menjemput Rezeki dikongsi tentang tip percepatan pemakbulan impian atau penyelesaian masalah dengan izin Allah, iaitu 3 S – solat hajat, selawat dan sedekah.
1. Solat Hajat
Solat Hajat bertujuan untuk hamba-Nya meminta sesuatu kepada Allah. Di fasa ini, Danial mengadu tentang kebuntuannya mencari hala tuju apa yang perlu dia lakukan.
Danial mengakui kepada Tuhan bahawa kehilangan Rahmat dalam projek perniagaannya membuat dia hilang arah tuju.
2. Selawat
Dosa itu adalah penghijab rezeki yang paling baik. Semakin banyak dosa, akan semakin terhijab sesuatu doa. Justeru, perbanyakan selawat untuk membersihkan diri kita daripada dosa, seterusnya mempermudah pemakbulan doa. Insya-Allah.
3. Sedekah
Selari dengan firman Allah,
Di saat buntu, carilah Allah dahulu. Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa kepada-Nya.

“Apabila kita selalu meminta kepada manusia, mereka akan marah. Tetapi Allah, apabila kita tidak minta, Dia marah.”

Insya-Allah semakin banyak kita berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W., apabila hati semakin bersih, lebih mudah rezeki seperti idea, ilham datang kepada kita.
Sabda Nabi s.a.w “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”Hadis Riwayat Ahmad,Nasai & Al-Hakim
3. Sedekah
Selari dengan firman Allah,
“Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan (bersedekah) dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya).
Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).”Insya-Allah apabila kita bersedekah dan melakukannya kerana Allah, Allah akan berikan jalan penyelesaian yang tidak disangka-sangka.
Surah Al Lail, 92: 5-7
Di saat buntu, carilah Allah dahulu. Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa kepada-Nya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.