Setiap Kejayaan, Harta & Islam

Setiap Kejayaan, Harta & Islam, Definisi kejayaan itu seringkali dikaitkan dengan harta. Apabila kita menggambarkan seseorang yang mempunyai rumah besar, kereta mewah dan segalanya sempurna, maka semua orang fikir ia adalah insan yang paling berjaya.

Sebaliknya apabila kita menggambarkan seorang yang tiada rumah (homeless) atau sebarang harta, maka semua orang akan fikir ia dikategorikan sebagai insan yang gagal.

Setiap Kejayaan, Harta & Islam, Definisi kejayaan itu seringkali dikaitkan dengan harta. Apabila kita menggambarkan seseorang yang mempunyai rumah besar, kereta mewah dan segalanya sempurna, maka semua orang fikir ia adalah insan yang paling berjaya.

Lihatkan kejayaan itu dari perspektif yang berbeza. [Pedro Ribeiro]

Itulah definisi kejayaan daripada kaca mata semua orang di dunia ini termasuk kanak-kanak yang masih kecil. Tetapi apabila kita mendalami agama Islam, maka agama ini memberikan kita definisi yang berbeza bagi kejayaan atau kegagalan.

Firaun adalah orang yang memiliki rumah yang paling sempurna dan harta yang banyak, tetapi dia didefinasikan sebagai orang yang paling gagal disisi Tuhan. Nabi Ibrahim a.s seorang yang miskin dipadang pasir pula adalah di antara orang yang paling berjaya dalam kalangan manusia.

Islam mengajar kita erti kejayaan itu tidak ada kaitan dengan kekayaan, kepandaian, kecantikkan dan banyak lagi. Orang yang kaya boleh jadi berjaya ataupun tidak. Begitu juga orang miskin boleh jadi berjaya dan juga gagal.

Kegagalan Perjanjian Hudaibiyah?

Jika kita telusuri sirah baginda Rasulullah s.a.w berkenaan Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani oleh kaum musyrikin Mekkah dan orang Islam. Pada ketika itu, semua orang melihat perjanjian tersebut sebagai satu kegagalan kerana semua isi kandungan perjanjian memihak kepada kaum musyrikin Mekkah.

Namun pada ketika itu juga Allah s.w.t telah menurunkan ayat pertama Surah Al-Fath:

Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata..
 Surah Al-Fat-h 48:1
Rupanya banyak sekali hikmah disebalik perjanjian yang berat sebelah tersebut yang mana telah membuka jalan pembebasan kota Mekkah dari musyrikin Mekkah dan akhirnya umat Islam boleh menunaikan haji di Mekkah tanpa perlu mengangkat senjata.

Perjanjian yang berat sebelah itu secara tidak sedar telah memberi pengiktirafan terhadap kerajaan Islam Madinah yang selama ini dipandang rendah oleh orang-orang kafir khususnya musyrikin Mekkah.

Setiap Kejayaan, Harta & Islam, Definisi kejayaan itu seringkali dikaitkan dengan harta. Apabila kita menggambarkan seseorang yang mempunyai rumah besar, kereta mewah dan segalanya sempurna, maka semua orang fikir ia adalah insan yang paling berjaya.

Sungguh indah perancangan Tuhan terhadap pembukaan kota Mekah. [Alansar]

Jelas bahawa Allah s.w.t ingin mendidik hambanya agar melihat definisi kejayaan itu dengan lebih dalam dan jauh. Penting untuk kita faham definisi kejayaan yang sebenar agar kita tidak terus ditipu dengan kejayaan yang tidak hakiki.

Artikel ini di inspirasi daripada ceramah oleh Ustaz Nouman Ali Khan bertajuk “What Is Victory?“

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers